Saturday 13 October 2012

18. Dato'-Dato' Lembaga Suku Tiga Batu dan Biduanda Waris

(sebagai satu perbandingan)

Negeri Sembilan secara rasminya mempunyai dua belas (12) buah suku-suku beradat mendukung adat Perpatih. Tetapi di Luak Jempol cuma ada sepuluh (10) buah suku sahaja walaupun Dato’ Lembaganya ada tiga belas (13). Terjadi begitu kerana salah satu suku iaitu Suku Tiga Batu sejak asal terbahagi kepada tiga (3) kumpulan yang setiap satu dikenali mengikut gelaran Dato’ Lembaganya .

Manakala Suku Biduanda Waris, sepatutnya seperti juga suku-suku selain dari Suku Tiga Batu, mempunyai seorang sahaja Dato’ Lembaga. Tetapi selepas To’ Paduka Tuan yang pertama iaitu To’ Paduka Tuan Pandai dari perut Sempuolang, seorang Buapak dalam biduanda Waris di Ulu Jempol meninggal, dengan kuasa yang ada ditangan Dato’ Penghulu Luak pada masa itu, beliau telah membawa pesaka tersebut ke hilir dengan melantik gantinya seorang yang bernama Johar dari Waris Biduanda di hilir (Kuala Jempol) mungkin atas dasar bergilir menyandang pesaka itu. Tetapi sehingga sekarang pesaka itu tidak pernah lagi kembali ke Ulu Jempol. Semasa To’ Paduka Tuan yang ke-6 bernama Nordin pesaka itu telah dinaik taraf sebagai seorang Dato’ Lembaga dan pengganti-penggantinya selepas itu terus bertindak sebagai seorang Dato’ Lembaga yang juga dinamakan Lembaga Tiang Balai. Dengan itu perut di hulu dan perut di hilir masing-masing telah mempunyai Lembaga yang berasingan.











No comments:

Post a Comment