Saturday 13 October 2012

36. Hukuman Kepada Kesalahan Melanggar Pantang Larang Adat dan Kesalahan Lain

Bukanlah rigid kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas itu sahaja yang dianggap kesalahan bahkan banyak lagi perlakuan-perlakuan yang dinisbahkan sebagai kesalahan mengikut pertimbangan ketua-ketua adat seperti Buapak dan Dato’ Lembaga.
36.1  Orang semenda yang didapati melanggar pantang larang di atas atau melakukan kesalahan-kesalahan lain beliau boleh dihukum oleh tempat semendanya dari sekecil tiga rupiah (lebih kurang 90 sen) atas kesalahan-kesalahan kecil atau kalau kesalahan besar dengan seekor ayam atau seekor kambing atau seekor kerbau mengikut tingkat kesalahan yang dilakukan. Hukuman hendaklah dipantau oleh Buapak atau Dato’ Lembaga.
36.2  Orang tempat semenda tidak boleh dihukum sendiri oleh orang semenda. Mereka boleh mengadukan perlakuan tempat semendanya yang dianggapnya salah dan melanggar adat itu kepada Besar Waris, Buapak atau Dato’ Lembaga waris tempat semendanya kerana mereka itulah yang layak untuk mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment