Saturday 13 October 2012

41. Kata Penutup


Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi yang amat mengasihi




          Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah petunjukNya terlaksana usaha menerbitkan sebuah buku Risalah Terombo Biduanda Waris Dalam Konteks Pentadbiran Adat di Luak Jempol. InsyaAllah, buku ini akan dapat menjadi salah satu panduan dan rujukan kepada masyarakat umum khususnya bagi suku Biduanda di Jempol.


          Sesungguhnya adalah diharapkan, usaha yang murni ini akan dapat membantu generasi yang akan datang terutama dalam mengenal dan memahami dengan lebih terperinci tentang Suku Biduanda yang merupakan satu suku utama dan terbesar serta mempunyai kedudukan tertentu di Luak Jempol.




Sekian,

Terima Kasih.


To' Siamar Menteri

No comments:

Post a Comment