Saturday 13 October 2012

1. Sekapur Sireh

Sudah tentu tidak akan timbul idea menulis 'KERTAS KERJA BIDUANDA WARIS DI LUAK JEMPOL' ini kecuali apabila menyedari apa yang ditulis dalam 'BUKU LUAK TANAH MENGANDUNG' yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan berhubung dengan waris ini seperti yang disusun oleh Dato’ Komo Hj Duaji bin Bakar itu tidak lengkap dan tidak menepati dengan apa yang diketahui dan diamalkan di dalam waris ini.

Sebagai seorang anak waris Biduanda saya rasa berdosa kalau tidak berbuat sesuatu bagi membetulkan fakta yang salah itu supaya sejarah tidak dibohongi dengan meyakini perkara yang salah disangka benar dan sebaliknya.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Tuan Haji Muhammad bin Tainu dan salinan kepada Yang Mulia Dato’ Penghulu Luak Jempol dalam surat yang bertarikh 24hb Disember 2001.

Saya bersyukur kerana masih berkesempatan mengetengahkan catatan terombo ini sebagai satu sumbangan yang mungkin tidak seberapa kepada anak waris yang saya kasihi.



Sekian,

HJ. UJANG BIN YUSOP
To’ Siamar Menteri

Kampung Gajah Mati
MENTAKAB, PAHANG             



*Sekapur sireh ini pindahan dari ‘KERTAS KERJA BIDUANDA WARIS DI LUAK JEMPOL’ yang dibentang dan dibincang dalam perjumpaan Buapak-Buapak Biduanda Waris pada 27hb Februari 2004 di Balai Raya Kampung Tampin/Pus






3 comments:

  1. Saya juga dari suku biduanda yang jauh terpesong dan masih mentah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete