Saturday, 13 October 2012
1. Sekapur Sireh
Sebagai seorang anak waris Biduanda saya rasa berdosa kalau tidak berbuat sesuatu bagi membetulkan fakta yang salah itu supaya sejarah tidak dibohongi dengan meyakini perkara yang salah disangka benar dan sebaliknya.
Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Tuan Haji Muhammad bin Tainu dan salinan kepada Yang Mulia Dato’ Penghulu Luak Jempol dalam surat yang bertarikh 24hb Disember 2001.
Saya bersyukur kerana masih berkesempatan mengetengahkan catatan terombo ini sebagai satu sumbangan yang mungkin tidak seberapa kepada anak waris yang saya kasihi.
Sekian,
HJ. UJANG BIN YUSOP
To’ Siamar Menteri
Kampung Gajah Mati
MENTAKAB, PAHANG
*Sekapur sireh ini pindahan dari ‘KERTAS KERJA BIDUANDA WARIS DI LUAK JEMPOL’ yang dibentang dan dibincang dalam perjumpaan Buapak-Buapak Biduanda Waris pada 27hb Februari 2004 di Balai Raya Kampung Tampin/Pus
2. Seulas Pinang
Risalah Terombo Biduanda Waris Dalam Konteks Pentadbiran Adat Di Luak Jempol ini adalah lanjutan dari KERTAS KERJA BIDUANDA WARIS DI LUAK JEMPOL yang telah saya sediakan dan telah dibentang serta dibincangkan dalam kerapatan Buapak-Buapak termasuk beberapa orang Soko Biduanda Waris di Balai Raya Kampung Tampin, Tengkek pada 27hb Februari 2004 yang lalu. Walaupun kerapatan itu bukanlah khusus untuk membincangakan kertas kerja ini sahaja.
Kerapatan itu dihadiri oleh seramai tujuh belas (17) orang termasuk YM Dato’ Umbi Ramli bin Md. Yusop dan Dato’ Batin Jempol Hj. Zainuddin bin Hamzah. Iaitu:-
Selepas mengambil kira semua pandangan dan cadangan dari Buapak-Buapak dan Ibu-Ibu Soko serta nasihat daripada YM Dato’ Umbi dan Dato’Batin Jempol maka risalah ini disusun semula untuk lebih menepati fakta yang sebenar dan dengan itu diyakini boleh dijadikan rujukan oleh generasi yang akan datang bagi mengenali siapa dan bagaimana letaknya kedudukan pesaka-pesaka adat yang terdapat di dalam Suku Biduanda Waris di Jempol.
Semasa menyusun buku ini saya sempat membaca sebuah tulisan Dato’ Paduka Tuan Dato’ Abd Rahman bin Ahmad yang bertajuk ‘Sejarah Asal Usul Jempol Luak dan Suku’. Walaupun tulisan itu sebenarnya mengkesampingkan Suku-Suku Biduanda Waris di Ulu Jempol, yang dinyatakan cuma ada satu suku sahaja berasaskan Minangkabau walaupun sebenarnya di Ulu Jempol ada 5 perut suku Biduanda, 1 bertaraf tempatan dan 4 mendatang yang juga setaraf dari segi adat kerana semuanya berasal dari rumpun yang sama iaitu keturunan ‘Baka’ Biduanda Waris Dato’ Batin Mahagalang.
Namun bagaimanapun tulisan itu ternyata dapat memberikan panduan dan sumbangan dalam memperlengkapkan pengenalan kepada suku-suku Biduanda di Jempol.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang cukup mahir dalam penulisan ini tetapi kita patut menghormati kata orang tua-tua ‘Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga’ bahkan sebenarnya Terombo Biduanda Waris belum pernah dibukukan. Kebanyakan faktanya saya terima secara lisan dari Almarhum Dato’ Batin Ibrahim bin Amin, Batin Jempol ke-7. Kerana itu fakta yang melibatkan Perut Salasilah/Sialang Puteh agak lebih terperinci sedikit kalau dibandingkan dengan perut-perut yang lain.
Walaubagaimanapun di atas usaha yang sangat sedikit ini, memang masih ada juga terdapat kekurangan, kesilapan dan ketinggalan, oleh itu saya dengan rendah hati mengharapkan beribu maaf dan sedia menerima sebarang teguran-teguran ikhlas yang membina.
HJ. UJANG BIN YUSOP
To’ Siamar Menteri
Kampung Gajah Mati
Mentakab, Pahang

1
|
YM Dato’ Umbi Ramli bin Md. Yusop
|
|
2
|
YM Dato’ Batin Jempol Dato’ Hj. Zainuddin bin Hamzah
|
|
3
|
Dato’ Sialang Puteh Razali bin Md. Dom
|
(perut Sesilah)
|
4
|
To’ Cincang Ghazali bin A. Rashid
|
(perut Cincang)
|
5
|
To’ Lela Menteri Hj Baharum bin Taam
|
(perut Jawa)
|
6
|
To’ Perba Hj. Mohd Deli bin Ayut
|
(perut Menteri)
|
7
|
To’ Menteri Hj. Mohd Diah bin Yusof
|
(perut Menteri)
|
8
|
To’ Lakmana Hj. Abu Samah bin Taam
|
(perut Sesilah)
|
9
|
To’ Siamar Menteri Hj. Ujang bin Yusop
|
(penyusun)
|
10
|
To’ Mengkara Abd Razak bin Sirat
|
(perut Cincang)
|
11
|
Puan Hjh. Tiamin bt Merman
|
(perut Paduka Tuan)
|
12
|
Puan Hjh. Zainon bt Atin
|
(perut Cincang)
|
13
|
Puan Hasmah bt Md. Dom
|
(perut Sesilah)
|
14
|
Puan Siti Habsah bt Latif
|
(perut Sesilah)
|
15
|
Puan Dara bt Lanjung
|
(perut Jawa)
|
16
|
Puan Halimah bt Ibrahim
|
(perut Menteri)
|
17
|
Puan Banah bt Samat
|
(perut Sesilah)
|
Selepas mengambil kira semua pandangan dan cadangan dari Buapak-Buapak dan Ibu-Ibu Soko serta nasihat daripada YM Dato’ Umbi dan Dato’Batin Jempol maka risalah ini disusun semula untuk lebih menepati fakta yang sebenar dan dengan itu diyakini boleh dijadikan rujukan oleh generasi yang akan datang bagi mengenali siapa dan bagaimana letaknya kedudukan pesaka-pesaka adat yang terdapat di dalam Suku Biduanda Waris di Jempol.
Semasa menyusun buku ini saya sempat membaca sebuah tulisan Dato’ Paduka Tuan Dato’ Abd Rahman bin Ahmad yang bertajuk ‘Sejarah Asal Usul Jempol Luak dan Suku’. Walaupun tulisan itu sebenarnya mengkesampingkan Suku-Suku Biduanda Waris di Ulu Jempol, yang dinyatakan cuma ada satu suku sahaja berasaskan Minangkabau walaupun sebenarnya di Ulu Jempol ada 5 perut suku Biduanda, 1 bertaraf tempatan dan 4 mendatang yang juga setaraf dari segi adat kerana semuanya berasal dari rumpun yang sama iaitu keturunan ‘Baka’ Biduanda Waris Dato’ Batin Mahagalang.
Namun bagaimanapun tulisan itu ternyata dapat memberikan panduan dan sumbangan dalam memperlengkapkan pengenalan kepada suku-suku Biduanda di Jempol.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang cukup mahir dalam penulisan ini tetapi kita patut menghormati kata orang tua-tua ‘Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga’ bahkan sebenarnya Terombo Biduanda Waris belum pernah dibukukan. Kebanyakan faktanya saya terima secara lisan dari Almarhum Dato’ Batin Ibrahim bin Amin, Batin Jempol ke-7. Kerana itu fakta yang melibatkan Perut Salasilah/Sialang Puteh agak lebih terperinci sedikit kalau dibandingkan dengan perut-perut yang lain.
Walaubagaimanapun di atas usaha yang sangat sedikit ini, memang masih ada juga terdapat kekurangan, kesilapan dan ketinggalan, oleh itu saya dengan rendah hati mengharapkan beribu maaf dan sedia menerima sebarang teguran-teguran ikhlas yang membina.
HJ. UJANG BIN YUSOP
To’ Siamar Menteri
Kampung Gajah Mati
Mentakab, Pahang
3. Mukaddimah
Dalam buku Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram Luak Tanah Mengandung (NSGBSBLTM) di muka surat 20, penulisnya Tan Sri Dato’ Samad Idris mencatatkan bahawa pengasas Luak Jelebu ialah Tok Jelondong dan Luak Johol diasaskan oleh Tok Korbau, mereka adalah anak-anak Batin Seri Alam dan beradik beradik dengan Batin Bercanggai Besi yang duduk di Beranang menjadi Batin di Sungai Ujong. Dan kemudiannya cucu-cucu Bercanggai Besi anak Mayang Selida yang dikahwini oleh (Sutan Johor) Tok Ungku Kelang menjadi penghulu di Kelang, Tok Menteri Akhir Zaman menjadi penghulu di Jelebu menggantikan datuk saudaranya Tok Jelondong. Dan Tok Johan Pahlawan menjadi penghulu Johol menggantikan nenek saudaranya Nenek Korbau. Manakala seorang lagi cucunya bernama Sekudai berkahwin dengan Batin Sibu Jaya anak Tok Dara Derani. Pasangan ini dikatakan melahirkan keturunan Datuk Kelana Sungai Ujong. Di perenggan itu pengarang buku berkenaan tidak langsung menyebutkan kaitan asal usul Datuk Undang Luak Rembau dengan Batin Seri Alam atau Dato’ Batin Bercanggai Besi di Sungai Ujong itu.
Begitu juga dalam buku Negeri Sembilan dan Sejarahnya (1968) (NSDS) muka surat 131 mencatatkan, yang menjadi Undang Johol pertama ialah anak Nenek Kerbau bernama Puteri Kunun atau nama islamnya Siti Awa yang berkahwin dengan Bendahara Sekudai Dato’ Liman, tidak juga menyebut dengan terang hubungan Undang Luak Rembau dengan Dato’ Batin Bercanggai Besi kecuali menyatakan sebelum datangnya Dato’ Lela Balang dan Dato’ Laut Dalam dari Minangkabau, Rembau diperintah oleh seorang ketua bersuku Biduanda Jakun bernama Dato’ Batin Sekudai, (tidaklah pasti sama ada Batin Sekudai ini orang yang sama dengan Bendahara Sekudai). Tetapi adalah diyakini Dato’ Batin Sekudai ‘Baka’ Dato Kelana itulah juga yang melahirkan Dato’ Undang Luak Rembau. Hasil adanya perkahwinan anak Dato’ Batin Sekudai bernama Bungkal dengan Dato’ Lela Balang pendatang dari Alam Minangkabau itu yang telah melahirkan anak bernama Seri Rama, Undang Luak Rembau yang pertama.
Dalam buku (NSGBSBLTM) dan (NSDS) tulisan Tan Sri Dato’ Samad Idris itu tidak ada menyebut nama Mahagalang, begitu juga Risalah Asal Usul Jempol Waris dan Suku yang ditulis Dato’ Paduka Tuan Abdul Rahman bin Ahmad juga tidak ada menyebut nama itu.
Walaubagaimana juga pun nama Mahagalang atau Menggalang ada disebut di dalam buku Asal Usul Adat Perpatih (AUAP) tulisan Encik Abu Chek bin Mad Sarom 1962. Dan banyak disebut dalam cerita lisan orang tua-tua yang mendegar dan menyimpan cerita itu secara turun temurun. Dalam terombo Biduanda Salasilah Waris Dato’ Batin Jempol memang fokas namanya bahkan dikatakan sebagai 'BAKA' bagi seluruh Suku Biduanda di Negeri Sembilan.
Mahagalang atau Dato’ Batin Mahagalang diyakini sebagai ‘Baka’ bagi Suku Biduanda yang dianggap berdarah ‘Gahara’ yang bersambung salasilah keturunannya kepada Dato’-Dato’ Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Johol. Juga Dato’-Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung (kecuali Dato’-Dato’ Penghulu Luak Terachi dan Gunung Pasir). Dan dari Dato’ Batin Mahagalang juga salasilah keturunan Dato’-Dato’ Batin yang bersuku Biduanda di Negeri Sembilan khususnya Dato’ Batin Beradat di Luak Jempol.
Sejarah sebenarnya masih tertanya-tanya juga kesahihan siapakah sebenarnya ‘Sultan Johor’ yang dikatakan menjadi suami kepada Mayang Selida anak To’ Batin Bercanggai Besi seperti yang diceritakan dalam buku NSDS itu. Kerana logiknya tidak mungkin seorang Sultan yang gah kebesarannya sanggup bersusah payah mencari sendiri seorang perempuan ‘ghayat’ (orang asli anak Tok Batin) untuk dikahwini, pun sejarah tidak pula menamakan siapakah nama 'Sultan' itu. Dan ada diceritakan juga kononnya Puteri Mayang Selida selepas perkahwinan dengan ‘Sultan’ itu telah dibawa pulang ke Johor mendarat di Tanjung Puteri (itulah kononnya asal nama tempat Tanjung Puteri) tetapi tidak pernah diketahui siapakah waris keturunannya yang masih ada. Kalau riwayat itu benar, tentulah waris keturunannya tidak akan hilang begitu sahaja kecualilah pasangan itu tidak mendapat zuriat.
Sesungguhnya ada diriwayatkan dizaman Laksamana Hang Tuah pernah terjadi di Melaka seorang perempuan orang asli yang rupawan bernama Melor datang ke istana untuk mencari Hang Tuah yang dicintainya, tetapi apabila disembahkan gadis itu kepada Sultan dia cuma layak dijadikan seorang gundik dalam istana. Begitulah lebarnya jurang darjat antara istana dengan ‘ghayat’ pada masa itu.
Kerana itu penulis yakin benarlah menamakan orang yang berkahwin dengan Mayang Selida dan akhirnya menggantikan bapa mertuanya menjadi Batin di Sungai Ujong itu ialah Menggalang/Mahagalang sesuai seperti yang diceritakan dalam buku (AUAP) dan Terombo Biduanda Waris Dato’ Batin Jempol sendiri. Beliau seorang individu yang terlibat legindanya dengan ketabahan ibu yang mengandunginya dijadikan galangan kepada Lancang Kuning datuknya Perpateh Nan Sabatang dipermulaan perantauannya. Mahagalang telah sekian lama meninggalkan tanah Minang kerana menjejaki datuknya, hidup mengembara sambil menimba banyak ilmu dan pengalaman dipelbagai tempat terutamanya di Negeri Johor sebelum sampai ke Sungai Ujung dan menemui datuknya di sana. Kerana beliau kaya dengan pengalaman itulah beliau sangat dihormati oleh penduduk setempat di Sungai Ujung. Penghormatan yang diberikan masyarakat kepada Mahagalang yang mungkin hampir seperti seorang raja tidaklah menghairankan kerana beliau adalah cucu saudara kepada Dato’ Perpatih Nan Sebatang pun memang dia seorang yang berdarah bangsawan, cucunda kepada Puteri Seri Banun dan Raja Kidahindi yang menjadi raja di Pagar Ruyung. Bahkan dalam perjalanan ‘pencariannya’ sebelum sampai ke Sungai Ujong beliau telah singgah di banyak negeri termasuk Muar, Segamat, Johol, Pasir Besar, Kelawang, Ulu Jelebu, Pajam dan akhirnya sampai di Sungai Ujong yang mana di situ beliau menemui datuknya Dato’ Perpateh Nan Sebatang.
Kedatangan Mahagalang bukanlah untuk mencari Mayang Selida tetapi semata-mata untuk menjejaki datuknya yang telah berlayar ke semenanjung lebih dua puluh tahun sebelum itu. Puteri Mayang Selida anak To’ Batin Bercanggai Besi yang dikahwinkan dengan Mahagalang itu adalah secara kebetulan kerana suratan takdir, dan Puteri Mayang Selida tidak pernah dibawa ke mana-mana khususnya ke Johor.
Personaliti Mahagalang yang menarik dan pengalaman luasnya kerana sebelum sampai ke Sungai Ujong, telah banyak berkelana di negeri-negeri yang disebut di atas khususnya di Johor itu berkemungkinan penduduk setempat menamakan beliau dengan nama jolokon ‘Sutan Johor’. Panggilan SUTAN memang menjadi kelaziman masyarakat Minang yang suka memberikan gelaran itu kepada mereka yang istimewa dan dihormati.
Individu yang bernama Mahagalang ini diyakini benar wujudnya seperti juga wujudnya Puteri Mayang Selida yang dikatakan bukan anak yang dilahirkan Ibunya Berdurai Besi tetapi dijumpai oleh Tok Batin Bercanggai Besi bersama isterinya itu di dalam gua batu semasa mereka berburu. Buku AUAP dan Terombo Waris Suku Biduanda Salasilah tentu dapat membantu membenarkan wujudnya individu tersebut sesuai dengan riwayat-riwayat yang diceritakan oleh orang tua-tua sejak dahulu kala.
Penulis menulis Risalah Terombo Biduanda Waris Dalam Konteks Pentadbiran Adat di Luak Jempol ini berpandukan 'Terombo' (sejarah yang tidak bertulis) Suku Biduanda Salasilah Waris Dato’ Batin Jempol disamping rujuk-rujukan seperti yang dicatat di hujung buku ini. Penulis sekali-kali tidak menganggap pendapat yang tidak sama dengan yang tertulis dalam buku ini sebagai tidak benar.

SELAMAT MEMBACA
5. Jempol Sebuah Luak
Jempol adalah salah satu dari tiga belas (13) Luak (Luhak dalam bahasa Minang) Adat yang terdapat di dalam Negeri Sembilan. Tiga belas Luak itu terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:
- Luak Undang
- Luak Tanah Mengandung
- Luak Adat
LUAK UNDANG ADA LIMA (5)
- Luak Sungai Ujong diketuai oleh Dato’ Undang yang bergelar Dato’ Kelana Putra
- Luak Jelebu diketuai oleh Dato Undang yang bergelar Dato’ Andika Mandulika Menteri Akhir Zaman
- Luak Rembau diketuai oleh Dato’ Undang yang bergelar Dato’ Sedia Raja atau Dato’ Lela Maharaja
- Luak Johol diketuai oleh Dato’ Undang yang bergelar Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan
- Luak Tampin diketuai oleh Tunku Besar Tampin
LUAK TANAH MENGANDUNG JUGA ADA LIMA (5)
- Luak Ulu Muar diketuai oleh Dato’ Penghulu bergelar Dato’ Bendahara Setia Maharaja Lela Pahlawan
- Luak Jempol diketuai oleh Dato’ Penghulu yang bergelar Dato’ Lela Putera Setiawan
- Luak Inas diketuai oleh Dato’ Penghulu yang bergelar Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Dioh
- Luak Terachi diketuai oleh Dato’ Penghulu yang bergelar Dato’ Anjah Pahlawan Orang Kaya Lela Setiawan
- Luak Gunung Pasir diketuai oleh Dato’ Penghulu yang bergelar Dato’ Orang Kaya Mempasir Setiawan
LUAK BERADAT PULA ADA TIGA (3)
- Luak Air Kuning diketuai oleh Dato’ Penghulu Pesaka Air Kuning bergelar Dato’ Orang Kaya Setiawan
- Luak Gemencheh diketuai oleh Dato’ Penghulu Pesaka Gemencheh bergelar Dato’ Orang Kaya Setiawan
- Luak Linggi diketuai oleh Orang Besar Daerah Linggi bergelar Dato’ Muda Linggi
Catatan
Dengan persetujuan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibn Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman dan Datuk Undang Luak Johol, telah dibentuk sebuah luak yang termasuk di dalam lingkungan Undang Luak Johol dinamakan Luak Kecil Pasir Besar. Telah diisytiharkan penubuhannya pada 18hb Oktober 1987. Luak ini diketuai oleh seorang penghulu bergelar Datuk Penghulu Luak Kecil Pasir Besar dan dibantu oleh Datuk Muda Penghulu Pesaka.
Oleh kerana waris penduduk asal Pasir Besar yang layak menyandang pesaka Penghulu Luak itu dianggap tidak mempunyai suku tertentu maka sejak tertubuhnya Luak Pasir Besar ini waris penduduk asal itu telah dikurniakan gelaran Suku Raja Berketurunan Kurnia Raja.
Pentadbiran adat di Luak Kecil ini tidak sepenuhnya mengikut adat Perpatih. Mereka tidak mempunyai tanah pusaka adat dan anak buahnya tidak ada halangan untuk berkahwin sama sewaris.
6. Asal Nama Jempol
Semasa peneroka awal orang asli yang membuat penempatan di kawasan antara dua siku sungai yang hampir-hampir bertemu antara keduanya iaitu Sungai Serting yang mengalir ke Sungai Pahang dan satu sungai yang pada masa itu cuma dikenali dengan Sungai Leban Condong Tupai Batuk yang mengalir ke Sungai Muar. Penempatan yang ada di kuala sungai itu dikenali dengan nama Penarikan atau dikenali juga sebagai Jambu Lapan.
Luak Jempol sekarang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kuala Jempol di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Bahau (Serting) dan Ulu Jempol di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Pilah.
Asal nama Jempol itu kononnya diambil dari nama seorang anak tempatan yang bernama JEMPO. Individu berkenaan dikatakan telah mati terbunuh atau dibunuh sama ada akibat dari kejahatannya sendiri atau dihukum akibat dari fitnah yang memalukan diri dan keluarga. Dan semua cerita-cerita itu berakhir dengan tragedi kematian yang mengerikan kepada individu yang bernama Jempo itu.
Disamping itu terdapat pula perselisihan maklumat sama ada orang yang bernama Jempo itu seorang lelaki atau seorang perempuan.
Versi yang mengisahkan si Jempo itu nama seorang lelaki diringkaskan seperti berikut: -
Versi-versi yang mengisahkan Jempo itu nama dari seorang perempuan diringkaskan cerita-ceritanya seperti di bawah ini: -
Dalam buku Luak Tanah Mengandung susunan Dato’ Komo Haji Duaji bin Bakar semasa beliau menjadi setiausaha kepada Dato’ Penghulu Luak Jempol YM Dato’ Haji Mohd Hashim bin Abdullah dalam perkara ini beliau menulis: -
Fakta tulisan ini agak mengelirukan kerana Kampung Terentang atau Leban Condong itu berada di Ulu Jempol manakala Penarikan itu berada di Kuala Jempol. Jarak keduanya lebih kurang 15 kilometer. Penarikan dan Kampung Terentang selain dari dipisahkan oleh jarak yang begitu jauh dan dipisahkan pula oleh sebaris bukit yang bernama Bukit Sempit. Dengan itu tidak mungkin Kampung Terentang juga bernama ‘Penarikan’ kecuali kalau pada masa itu Sungai Jempol bernama Sungai Penarikan.
Batin Pak Sudum Durai yang meneroka perkampungan di Danau Rasau Ulu Jempol itu pun tidak tahu nama sungai itu Sungai Jempol. Ada satu ungkapan dalam terombo Dato’ Batin Jempol menyebut...
Kisah peristiwa seorang gadis bernama Jempo anak To’ Batin yang telah dihukum sula kerana tuduhan berlaku sumbang ini juga ada ditulis oleh Dato’ Paduka Tuan Abd Rahman bin Ahmad dalam risalah ‘Sejarah Asal Usul Jempol, Luak dan Suku’ yang dikatakanya salah satu cerita asal nama Jempol. Begitu juga cerita yang hampir serupa terdapat di dalam Terombo Dato’ Batin Jempol.
Tetapi kalaulah cerita itu benar, yang nyatanya nama To’ Batin Pilih yang menjatuhkan hukuman sula kepada anaknya seorang perawan yang bernama Jempo itu bukanlah salah seorang Batin yang berasal dari Dato’-Dato’ Batin Biduanda Salasilah. Kerana di dalam salasilah Dato’ Batin Jempol itu tidak terdapat nama To’ Batin Pilih dan dalam sejarah waris ini tidak pernah ada seorang perawan atau pun janda yang pernah dihukum sula kerana kesalahan seperti itu. Dan lagi, kejadian itu dikatakan berlaku di Loban Chondong (Kampung Terentang sekarang ini). Bukan berlaku di Danau Rasau.
Dato’ Paduka Tuan Abdul Rahman menulis lagi dalam risalahnya itu iaitu salah satu cerita yang menjadi asal nama Jempol itu dikisahkan begini: -
Berdasarkan cerita ini nampaknya menggambarkan semasa sembilan orang perantau yang diketuai oleh Datuk Sempadang sampai ke Penarikan yang akhirnya membuat penempatan baru dan menamakan tempat itu Jempol, kumpulan beliaulah orang pertama sampai di situ. Sebelumnya tidak ada sesiapa yang menduduki kawasan itu. Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh Dato’ Komo Haji Duaji bin Bakar dalam tulisannya menggambarkan tempat yang bernama Penarikan itu telah pun sedia diteroka sejak sebelum Portugis mengalahkan Sultan Mahmud di Pagoh dan Bentayan. Bahkan Penarikan telah pun didiami orang sejak Kerajaan Melayu masih berkuasa di Melaka. Hang Tuah pernah melalui jalan disitu semasa pergi ‘mencuri’ Tun Teja di Pahang, apalagi dijumpai pula sebuah kubur bernama Tun Sin bertarikh kurun ke-13 (1264) di situ yang dapat membuktikan benarnya tempat itu sudah lama didiami orang.
Tulisan yang dibuat oleh Dato’ Komo Haji Duaji bin Bakar dalam buku 'Luak Tanah Mengandung’ dicatatkan di sini antara lain:
Cikgu Buyong Adil dalam bukunya ‘Sejarah Pahang’ (DBP,1972) menuliskan Penarikan sebagai jalan penting dalam hubungan Melaka dan Pahang sejak beberapa abad lalu. Beliau (Cikgu Buyong Adil) menceritakan -
Sekiranya nama Jempol menggantikan Penarikan, bermakna pertukaran nama itu berlaku selepas Tun Sri Lanang Mengarang buku ‘Sejarah Melayu’ sekitar abad ke-17. Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu masih menggunakan nama Penarikan apabila menulis mengenai wilayah Jempol.
Apakah gadis Jempo yang dihukum sula itu berlaku sekitar abad ke-18. Tun Seri Lanang menulis dalam Sejarah Melayu begini: -
Sumber Sejarah Melayu itu menunjukkan Penarikan sudah didiami orang sejak pemerintahan kerajaan Melayu Melaka lagi. Kedudukan kampung Penarikan ini amat sesuai dengan bercucuk tanam. Penduduknya lebih ramai tinggal di tepi-tepi sungai hingga ke Jempol. Di situ terletak pertemuan beberapa kuala sungai yang mengalir ke Sungai Muar.
Sesetengah berpendapat nama ‘Penarikan’ itu diambil bersempena dengan ramai orang tertarik untuk berhijrah ke perkampungan di situ. Tetapi ada sesetengah pihak mendakwa pertemuan beberapa kuala sungai itu seolah-olah bertarik-tarikan. Disamping terdapat juga sebuah bukit berhampiran kawasan ini dikenali sebagai Bukit Penarik.
Dikembarkan lakaran mengenai kedudukan kawasan yang dinamakan Penarekan itu, seperti yang terdapat dalam Sejarah Pahang oleh Haji Buyong Adil itu.
Tetapi nama Jempol yang dikatakan berasal daripada gadis Jempo, agak bercampur dengan ciri-ciri mitos. Biasanya masyarakat memilih nama perkampungan mereka daripada nama yang baik-baik. Kalau seorang gadis yang dihukum sula dijadikan nama sesebuah perkampungan tentu dianggap membawa bencana. Pemilihan nama Melaka misalnya berdasarkan pokok tempat raja bersandar melepaskan lelah semasa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Peristiwa demikian dianggap membawa tuah.
Demikian juga peristiwa Sang Nila Utama mendarat di Temasik apabila terserempak dengan seekor singa, lantas menamakan tempat yang ditemuinya itu Singapura. Bagaimana pula penduduk-penduduk di Penarikan menukar nama kampung mereka kepada Jempol semata-mata menghormati seorang gadis yang didapati bersalah (berzina) hingga dihukum sula?
Bagaimanapun memang ada pula perkampungan bernama Jempol di Pahang (penulis hingga kini belum dapat maklumat apakah hubungan Jempol di Pahang dengan Jempol di Negeri Sembilan itu). Apa yang disebutkan dalam Hikayat Pahang. Antara lainnya diceritakan: -
Beberapa nama serupa berlaku kepada beberapa nama kampung di Negeri Sembilan dan Pahang. Misalnya Rompin terdapat di Pahang dan di Negeri Sembilan. Triang juga terdapat di kedua-dua negeri ini. Dalam masalah penjenamaan ini, Luak Jempol di Negeri Sembilan nyatalah mengambil namanya sempena nama Sungai yang mengalir dari sumber hulunya Bukit Peraja hingga ke kualanya masuk ke Sungai Muar (sebelumnya ada kajian ilmu geografi mengatakan sungai berkenaan pada asalnya berkemungkinan mengalir masuk ke Sungai Pahang, tetapi akibat hakisan bah besar menjadikan berlakunya 'tawanan sungai' yang mengubah aliranya masuk ke Sungai Muar). Penulis masih ingat lagi kata-kata Ibu supaya tidak bermain air di Sungai Jempol terutamanya semasa musim tengkujuh, katanya
Ungkapan itu membayangkan bahawa Sungai Jempol pada zaman dahulu mengalir masuk ke Sungai Pahang.

"Seorang pemuda yang gagah perkasa bernama Jempo itu adalah anak kepada Tok Batin bernama Leban Condong seorang ketua orang asli tempatan dengan isterinya bernama Danau Rasau seorang wanita yang datang dari tanah Minang (sebenarnya Leban Condong dan Danau Rasau itu adalah nama tempat).
Anak Tok Batin si Jempo itu selain dari gagah perkasa beliau juga mempunyai perangai jahat dan ditakuti penduduk yang tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang kelakuan buruknya itu.
Pada satu ketika Jempo telah jatuh hati kepada seorang anak gadis kampungnya bernama Melor. Kerana tidak mendapat layanan dari pihak keluarga gadis itu, pada suatu hari dalam perjalanan pulang dari ‘huma’ Melor telah ditahan oleh Jempo dan akhirnya Melor diperkosa yang menyebabkan gadis itu mengandung.
Si Jempo terus berleluasa dengan perangai jahat bersikap ‘membujur lalu melintang patah’ terhadap mana-mana juga perempuan yang dihajatinya menyebabkan beliau mempunyai musuh sekeliling pinggang. Akhirnya Jempo mati terbunuh semasa terjun mandi dari atas sebatang pokok leban yang condong ke dalam sungai di tempat permandian yang telah sedia dipasang ranjau-ranjau tajam (buluh yang telah diruncingkan) oleh musuh-musuhnya yang telah bermuafakat untuk membunuhnya secara begitu kerana membalas dendam".
Versi-versi yang mengisahkan Jempo itu nama dari seorang perempuan diringkaskan cerita-ceritanya seperti di bawah ini: -
"Jempo adalah seorang anak gadis kepada seorang Tok Batin. Jempo merupakan seorang gadis cantik dan telah bertunang dengan seorang perantau bernama ‘Tengkek’ (Tengkek nama sebuah kampung di Ulu Jempol).
Pada satu ketika si Tengkek dengan tunangnya si Jempo itu telah ‘berselingkuh’. Perkara itu berlaku berulangkali sehingga diketahui oleh orang kampung yang telah bertindak mengadukan perkara itu kepada ayahnya Tok Batin. Setelah disiasat perkara itu didapati benar berlaku yang menyebabkan Tok Batin merasa sangat malu. Tok Batin mengambil keputusan anaknya si Jempo itu mesti dihukum bunuh dengan cara dipaksa terjun ke dalam sungai yang telah sedia dipasang ranjau. Jempo menemui ajalnya disitu. Dengan kematian Jempo yang sangat tragis begitu maka sungai tempat berlakunya pembunuhan tersebut dipanggil Sungai Jempo mengambil sempena namanya yang akhirnya dinamakan sebagai Sungai Jempol"
Dalam buku Luak Tanah Mengandung susunan Dato’ Komo Haji Duaji bin Bakar semasa beliau menjadi setiausaha kepada Dato’ Penghulu Luak Jempol YM Dato’ Haji Mohd Hashim bin Abdullah dalam perkara ini beliau menulis: -
"Luak Jempol dikatakan mengambil sempena nama sungai yang mengalir di daerah ini iaitu Sungai Jempol. Nama sungai ini pula diambil daripada peristiwa pembunuhan ke atas seorang gadis bernama Jempo yang dijatuhkan hukum sula di hujung pasir sungai. Mayat gadis itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai.
Daripada cerita lisan orang tua-tua, peristiwa ini berlaku menimpa keluarga To’ Pilih, apabila anak gadisnya bernama Jempo didapati bersalah melakukan perbuatan sumbang. Jempo seorang gadis cantik di Kampung Terentang Ulu Jempol di kawasan Leban Condong. Ramai pemuda terpikat dengan kecantikannya. Masing-masing berusaha untuk memenangi hati gadis berkenaan.
Setelah Jempo didapati melakukan perbuatan sumbang, dia dijatuhkan hukuman bunuh dengan disula (di tepi sungai). Darahnya mengalir dari hulu hingga ke kuala sungai. Dengan kejadian itulah nama sungai berkenaan ditukar kepada Jempo dan akhirnya menjadi Jempol. Sebelum itu nama tempat berkenaan dikenali sebagai ‘Penarikan' ".
Fakta tulisan ini agak mengelirukan kerana Kampung Terentang atau Leban Condong itu berada di Ulu Jempol manakala Penarikan itu berada di Kuala Jempol. Jarak keduanya lebih kurang 15 kilometer. Penarikan dan Kampung Terentang selain dari dipisahkan oleh jarak yang begitu jauh dan dipisahkan pula oleh sebaris bukit yang bernama Bukit Sempit. Dengan itu tidak mungkin Kampung Terentang juga bernama ‘Penarikan’ kecuali kalau pada masa itu Sungai Jempol bernama Sungai Penarikan.
Batin Pak Sudum Durai yang meneroka perkampungan di Danau Rasau Ulu Jempol itu pun tidak tahu nama sungai itu Sungai Jempol. Ada satu ungkapan dalam terombo Dato’ Batin Jempol menyebut...
"semasa Jempol belum bernama Jempol, Jempol bernama Loban Condong".
Kisah peristiwa seorang gadis bernama Jempo anak To’ Batin yang telah dihukum sula kerana tuduhan berlaku sumbang ini juga ada ditulis oleh Dato’ Paduka Tuan Abd Rahman bin Ahmad dalam risalah ‘Sejarah Asal Usul Jempol, Luak dan Suku’ yang dikatakanya salah satu cerita asal nama Jempol. Begitu juga cerita yang hampir serupa terdapat di dalam Terombo Dato’ Batin Jempol.
Tetapi kalaulah cerita itu benar, yang nyatanya nama To’ Batin Pilih yang menjatuhkan hukuman sula kepada anaknya seorang perawan yang bernama Jempo itu bukanlah salah seorang Batin yang berasal dari Dato’-Dato’ Batin Biduanda Salasilah. Kerana di dalam salasilah Dato’ Batin Jempol itu tidak terdapat nama To’ Batin Pilih dan dalam sejarah waris ini tidak pernah ada seorang perawan atau pun janda yang pernah dihukum sula kerana kesalahan seperti itu. Dan lagi, kejadian itu dikatakan berlaku di Loban Chondong (Kampung Terentang sekarang ini). Bukan berlaku di Danau Rasau.
Dato’ Paduka Tuan Abdul Rahman menulis lagi dalam risalahnya itu iaitu salah satu cerita yang menjadi asal nama Jempol itu dikisahkan begini: -
"Menurut sumber lisan orang tua-tua, mengenai asal usul nama Jempol itu dikaitkan dengan kedatangan sembilan (9) orang bersaudara serta pengikutnya dari Pasri Sumatera. Mereka mencari perlindungan dan penempatan baru, kerana tempat tinggal mereka (di Sumatera) akan mengalami bencana gunung berapi.
Rombongan itu telah berhenti di satu kuala sungai (Penarikan) untuk menambah barang keperluan. Salah seorang daripada mereka iaitu Datuk Sempadang telah mengarahkan pengikutnya pergi mencari dan meninjau di persekitaran kuala sungai itu, kira-kira setengah batu jauhnya.
Diberitakan bahawa kawasan tersebut menarik dan cantik. Oleh demikian Datuk Sempadang telah menamakan kuala sungai tersebut sebagai Jempol (cantik) dari kuala hingga ke hulunya.
Bedasarkan maklumat yang menyenangkan itu Datuk Sempadang mengambil keputusan untuk menetap di situ bersama-sama dengan pengikutnya. Kawasan tersebut dijadikan penempatan dan kawasan pertanian yang mana ia telah menarik ramai perantau-perantau yang turut serta pula menetap di situ".
Berdasarkan cerita ini nampaknya menggambarkan semasa sembilan orang perantau yang diketuai oleh Datuk Sempadang sampai ke Penarikan yang akhirnya membuat penempatan baru dan menamakan tempat itu Jempol, kumpulan beliaulah orang pertama sampai di situ. Sebelumnya tidak ada sesiapa yang menduduki kawasan itu. Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh Dato’ Komo Haji Duaji bin Bakar dalam tulisannya menggambarkan tempat yang bernama Penarikan itu telah pun sedia diteroka sejak sebelum Portugis mengalahkan Sultan Mahmud di Pagoh dan Bentayan. Bahkan Penarikan telah pun didiami orang sejak Kerajaan Melayu masih berkuasa di Melaka. Hang Tuah pernah melalui jalan disitu semasa pergi ‘mencuri’ Tun Teja di Pahang, apalagi dijumpai pula sebuah kubur bernama Tun Sin bertarikh kurun ke-13 (1264) di situ yang dapat membuktikan benarnya tempat itu sudah lama didiami orang.
Tulisan yang dibuat oleh Dato’ Komo Haji Duaji bin Bakar dalam buku 'Luak Tanah Mengandung’ dicatatkan di sini antara lain:
Cikgu Buyong Adil dalam bukunya ‘Sejarah Pahang’ (DBP,1972) menuliskan Penarikan sebagai jalan penting dalam hubungan Melaka dan Pahang sejak beberapa abad lalu. Beliau (Cikgu Buyong Adil) menceritakan -
"…Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat pada tempat yang bernama Penarekan, lalu berjalan darat kira-kira sejauh 300 ela, masuk pula ke Sungai Jempol; menghilir (nya ) Sungai Jempol masuk ke Sungai Muar lalu sampai ke Muar (di Johor). Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah mereka dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar)…"
Sekiranya nama Jempol menggantikan Penarikan, bermakna pertukaran nama itu berlaku selepas Tun Sri Lanang Mengarang buku ‘Sejarah Melayu’ sekitar abad ke-17. Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu masih menggunakan nama Penarikan apabila menulis mengenai wilayah Jempol.
Apakah gadis Jempo yang dihukum sula itu berlaku sekitar abad ke-18. Tun Seri Lanang menulis dalam Sejarah Melayu begini: -
"…Maka Sang Setia pun mati; maka Pagoh pun alah. Maka Sultan Ahmad pun undur ke Ulu Muar, lalu ke Penarikan. Maka Bendahara pun mati, ditanamkan orang di Lubuk Batu; itulah disebut orang Dato’ di Lubuk Batu…"
Sumber Sejarah Melayu itu menunjukkan Penarikan sudah didiami orang sejak pemerintahan kerajaan Melayu Melaka lagi. Kedudukan kampung Penarikan ini amat sesuai dengan bercucuk tanam. Penduduknya lebih ramai tinggal di tepi-tepi sungai hingga ke Jempol. Di situ terletak pertemuan beberapa kuala sungai yang mengalir ke Sungai Muar.
Sesetengah berpendapat nama ‘Penarikan’ itu diambil bersempena dengan ramai orang tertarik untuk berhijrah ke perkampungan di situ. Tetapi ada sesetengah pihak mendakwa pertemuan beberapa kuala sungai itu seolah-olah bertarik-tarikan. Disamping terdapat juga sebuah bukit berhampiran kawasan ini dikenali sebagai Bukit Penarik.
Dikembarkan lakaran mengenai kedudukan kawasan yang dinamakan Penarekan itu, seperti yang terdapat dalam Sejarah Pahang oleh Haji Buyong Adil itu.
Tetapi nama Jempol yang dikatakan berasal daripada gadis Jempo, agak bercampur dengan ciri-ciri mitos. Biasanya masyarakat memilih nama perkampungan mereka daripada nama yang baik-baik. Kalau seorang gadis yang dihukum sula dijadikan nama sesebuah perkampungan tentu dianggap membawa bencana. Pemilihan nama Melaka misalnya berdasarkan pokok tempat raja bersandar melepaskan lelah semasa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Peristiwa demikian dianggap membawa tuah.
Demikian juga peristiwa Sang Nila Utama mendarat di Temasik apabila terserempak dengan seekor singa, lantas menamakan tempat yang ditemuinya itu Singapura. Bagaimana pula penduduk-penduduk di Penarikan menukar nama kampung mereka kepada Jempol semata-mata menghormati seorang gadis yang didapati bersalah (berzina) hingga dihukum sula?
Bagaimanapun memang ada pula perkampungan bernama Jempol di Pahang (penulis hingga kini belum dapat maklumat apakah hubungan Jempol di Pahang dengan Jempol di Negeri Sembilan itu). Apa yang disebutkan dalam Hikayat Pahang. Antara lainnya diceritakan: -
"…Tok Gajah telah merancangkan iaitu: Sultan Pahang yang bersemayam di Pulau Tawar itu ditetapkan mengawal Kampung Chenor; Panglima Muda di kampung Jempol (Sungai Jempol cabang Sungai Pahang dekat Maran) akan pergi menyerang ke daerah Pekan"
Beberapa nama serupa berlaku kepada beberapa nama kampung di Negeri Sembilan dan Pahang. Misalnya Rompin terdapat di Pahang dan di Negeri Sembilan. Triang juga terdapat di kedua-dua negeri ini. Dalam masalah penjenamaan ini, Luak Jempol di Negeri Sembilan nyatalah mengambil namanya sempena nama Sungai yang mengalir dari sumber hulunya Bukit Peraja hingga ke kualanya masuk ke Sungai Muar (sebelumnya ada kajian ilmu geografi mengatakan sungai berkenaan pada asalnya berkemungkinan mengalir masuk ke Sungai Pahang, tetapi akibat hakisan bah besar menjadikan berlakunya 'tawanan sungai' yang mengubah aliranya masuk ke Sungai Muar). Penulis masih ingat lagi kata-kata Ibu supaya tidak bermain air di Sungai Jempol terutamanya semasa musim tengkujuh, katanya
"Jangan main air, kalau hanyut nanti sampai ke Kuala Bera!"
Ungkapan itu membayangkan bahawa Sungai Jempol pada zaman dahulu mengalir masuk ke Sungai Pahang.
7. Sempadan Luak
(menurut tulisan Dato' Komo Hj. Duaji)
Luak Jempol merupakan salah satu daripada lima luak yang meliputi 'Luak Tanah Mengandung'. Di samping Penghulu Jempol menjadi tunggak pemerintahan beradat, diwujudkan pula jawatan Tengku Muda Serting bagi luak berkenaan. Ini bermakna luak berkenaan meliputi juga Serting. Sempadan luak berkenaan diungkapkan dalam perbilangannya :-
Ini bermakna sempadan yang dikatakan luak Jempol itu meliputi kawasan bahagian hulu sungai hingga ke kuala Sungai Jempol. Termasuklah Guntur, Tengkek, Padang Lebar, Terentang, Batu Kikir, Serting Ulu, Serting Hilir, Kuala Jempol, Bahau, Ayer Hitam, Keru, Jerjak, Sungai Jelutong, Seri Melenggang, Sungai Talan, Bukit Sempit, Palong, Bayai, Simpang Pertang, Paloh (sekarang Pasoh), Juasseh dan lain-lain lagi.
Newbold dalam bukunya yang diterbitkan tahun 1839 mencatatkan, pernah berlaku perebutan sempadan antara Penghulu Jempol dan Undang Luak Jelebu. Ketika ini Penghulu Jempol ialah Dato’ Lela Putera Setiawan, Dato’ Penghulu Hassan. Tidak pula diketahui Undang Luak Jelebu yang mana terbabit dalam krisis sempadan itu (dalam terombo Biduanda Salasilah dikatakan Jempol berebut sempadan dengan Pahang).
Ketika ini menurut Newbold, setiap Undang Luak Jelebu yang dikerjankan di Jelebu, akan dikerjankan semula di Ulu Jempol yang menjadi wilayah luak Jelebu (kerana ada satu ungkapan pada masa itu ‘Ulu Jempol serambi Jelebu’) iaitu di Kampung Bukit. Penghulu Jempol telah menuntut haknya ke atas Ulu Jempol kerana aliran sungai yang sama. Krisis sempadan ini berakhir apabila Undang Luak Jelebu dengan nasihat Dato’ Batin Rendang telah bersetuju menyerahkan Ulu Jempol kepada Penghulu Jempol, Dato’ Hassan. Bermula daripada peristiwa inilah wilayah Jempol itu menjadi satu, meliputi dari hulu hingga ke kuala sungainya. Di hulu ada satu tempat dikenali dengan nama Titian Teras yang menjadi persinggahan bagi orang-orang pada masa itu dalam perjalanan dari Jelebu ke Pahang.
Bagaimanapun, berpandukan geografi Luak Jempol bukanlah sebahagian dari wilayah Jelebu kerana sudah nyata bahawa Sungai Jempol tidak mengalir ke Jelebu. Namun 2 orang Datuk Batin sebelum Batin Rendang di Ulu Jempol (Danau Rasau), lebih menghadap ke Balai Undang Luak Jelebu dari ke Balai Undang Luak Johol. Mungkin disebabkan adanya hubungan persemendaan yang telah terjalin.
Berpandukan realiti adat dan sejarah, untuk mendapatkan seorang calon Penghulu Luak, penduduk di Kuala Jempol pula telah mengutus tiga (3) orang wakil mengadap ke Balai Undang Luak Johol tidak ke Balai Undang Luak Jelebu. Mereka-mereka itu ialah
Setelah kedatangan Raja Minangkabau memerintah di Seri Menanti, Luak Jempol dijadikan pula sebagai salah satu daripada ‘Luak Tanah Mengandung’.
Luak Jempol merupakan salah satu daripada lima luak yang meliputi 'Luak Tanah Mengandung'. Di samping Penghulu Jempol menjadi tunggak pemerintahan beradat, diwujudkan pula jawatan Tengku Muda Serting bagi luak berkenaan. Ini bermakna luak berkenaan meliputi juga Serting. Sempadan luak berkenaan diungkapkan dalam perbilangannya :-
- Batasan Muar, sepanjang Sungai Muar
- Batasan Jempol, sepanjang Sungai Jempol
- Batasan Johol, sepanjang Sungai Jelai
Ini bermakna sempadan yang dikatakan luak Jempol itu meliputi kawasan bahagian hulu sungai hingga ke kuala Sungai Jempol. Termasuklah Guntur, Tengkek, Padang Lebar, Terentang, Batu Kikir, Serting Ulu, Serting Hilir, Kuala Jempol, Bahau, Ayer Hitam, Keru, Jerjak, Sungai Jelutong, Seri Melenggang, Sungai Talan, Bukit Sempit, Palong, Bayai, Simpang Pertang, Paloh (sekarang Pasoh), Juasseh dan lain-lain lagi.
Newbold dalam bukunya yang diterbitkan tahun 1839 mencatatkan, pernah berlaku perebutan sempadan antara Penghulu Jempol dan Undang Luak Jelebu. Ketika ini Penghulu Jempol ialah Dato’ Lela Putera Setiawan, Dato’ Penghulu Hassan. Tidak pula diketahui Undang Luak Jelebu yang mana terbabit dalam krisis sempadan itu (dalam terombo Biduanda Salasilah dikatakan Jempol berebut sempadan dengan Pahang).
Ketika ini menurut Newbold, setiap Undang Luak Jelebu yang dikerjankan di Jelebu, akan dikerjankan semula di Ulu Jempol yang menjadi wilayah luak Jelebu (kerana ada satu ungkapan pada masa itu ‘Ulu Jempol serambi Jelebu’) iaitu di Kampung Bukit. Penghulu Jempol telah menuntut haknya ke atas Ulu Jempol kerana aliran sungai yang sama. Krisis sempadan ini berakhir apabila Undang Luak Jelebu dengan nasihat Dato’ Batin Rendang telah bersetuju menyerahkan Ulu Jempol kepada Penghulu Jempol, Dato’ Hassan. Bermula daripada peristiwa inilah wilayah Jempol itu menjadi satu, meliputi dari hulu hingga ke kuala sungainya. Di hulu ada satu tempat dikenali dengan nama Titian Teras yang menjadi persinggahan bagi orang-orang pada masa itu dalam perjalanan dari Jelebu ke Pahang.
Bagaimanapun, berpandukan geografi Luak Jempol bukanlah sebahagian dari wilayah Jelebu kerana sudah nyata bahawa Sungai Jempol tidak mengalir ke Jelebu. Namun 2 orang Datuk Batin sebelum Batin Rendang di Ulu Jempol (Danau Rasau), lebih menghadap ke Balai Undang Luak Jelebu dari ke Balai Undang Luak Johol. Mungkin disebabkan adanya hubungan persemendaan yang telah terjalin.
Berpandukan realiti adat dan sejarah, untuk mendapatkan seorang calon Penghulu Luak, penduduk di Kuala Jempol pula telah mengutus tiga (3) orang wakil mengadap ke Balai Undang Luak Johol tidak ke Balai Undang Luak Jelebu. Mereka-mereka itu ialah
- To’ Pengiran
- To’ Maliga
- To’ Poyang
Apabila Dato’ Johol mengirimkan calon penghulu seorang perempuan, mereka menolaknya. Tidak seperti luak Ulu Muar yang bersedia menerima anak perempuan untuk jadi penghulu. Orang-orang di Jempol lebih bersedia menerima seorang anak kecil untuk dijadikan penghulu mereka asalkan dari suku Waris Biduanda asal keturunan Undang Luak Johol.
8. Peneroka Awal
(menurut tulisan Dato' Komo Hj Duaji)
Terdapat berbagai pendapat mengenai penerokaan awal Luak Jempol ini. Kesahihan dakwaan ini masih tidak dapat ditentukan. Ada cerita yang mengatakan bermula daripada sembilan (9) orang dalam satu kumpulan yang bersahabat karib membuka kawasan tersebut. Mereka dikatakan berasal dari Sumatera. Bersama-sama mereka terdapat juga pengikut-pengikut atau anak-anak buah yang ikut mencari penempatan baru.
Penduduk di Tanah Minang juga mengakui bahawa anak-anak Minangkabau digalakkan merantau dengan meninggalkan kampung halaman mereka bagi mencari pengalaman hidup. Bersesuaian dengan ungkapan yang menyebut: -
Rombongan tersebut singgah di Merbau Seratus (Pasir Besar). Di situ mereka membuat penempatan. Apabila sudah membuat penempatan di Pasir Besar mereka mudik lagi ke hulu dengan meninggalkan beberapa keluarga menetap di sana. Cara mereka meneroka sesuatu tempat juga mempunyai persamaan dengan peneroka-peneroka di Ulu Muar.
Perjalanan melalui sungai tersebut hingga sampai ke beberapa cabang lagi yang mengalir masuk ke Sungai Muar. Mereka berpecah di situ. Sebahagian mudik masuk Sungai Jelai terus ke Johol, manakala sebahagian lagi memasuki Pahang.
Kumpulan yang mudik mengikut Sungai Jempol terus mencari penempatan di situ yang sesuai untuk bercucuk tanam. Di kawasan yang mereka terokai itu memang sudah didiami oleh anak tempatan suku kaum Asli. Masyarakat mereka belumlah ramai. Kampung yang mereka terokai itu dikenali sebagai ‘Penarikan’. Sebagai golongan migran mereka meminta izin daripada anak-anak tempatan untuk memulakan penghidupan baru di situ.
Hubungan mereka dengan anak-anak tempatan terjalin akrab hingga berlakunya semenda menyemenda antara satu sama lain. Setelah penduduknya bertambah ramai melalui semenda menyemenda itu, mereka membentuk pentadbiran di bawah seorang ketua. Disebabkan golongan migran berkenaan lebih memahami peraturan dan pentadbiran, dilantiklah ketua dari puak mereka.
Bagaimanapun demi menjaga jalinan hubungan dengan anak-anak tempatan, mereka juga dibawa sama dalam pemerintahan. Bermula daripada sinilah terbentuknya sepuluh suku di kalangan penduduk di Jempol, dengan tiap-tiap suku mempunyai ketua yang diberi gelaran Dato’ Lembaga’.
Demikianlah fakta tulisan (yang telah diselitkan sedikit pembetulan) oleh YM Dato’ Komo Hj Duaji bin Bakar dalam buku Luak Tanah Mengandung tentang asal nama Jempol dan perkara-perkara yang ada hubungkait dengannya diperturunkan dengan menyalinnya secara panjang lebar untuk dapat dinilai bersama.
Berhubung dengan asal nama Jempol penulis yakin bahawa perkataan ‘JEMPOL’ yang diucapkan sambil menggenggam tangan dan menegakkan ibu jari ke atas oleh Datuk Sempadang sendiri atau pengikut-pengikutnya selepas selesai membuat tinjauan di kawasan sungai itulah sebenarnya yang menjadi asal nama Sungai Jempol seperti yang disebutkan oleh Dato’ Paduka Tuan Abd Rahman dalam risalahnya itu.
Ibu jari tangan dalam bahasa Jawa memang disebut Jempol. Jempol yang ditegakkan sambil menggenggam jari-jari tangan memanglah lumrah mengisyaratkan baik, bagus atau cantik.
Demikianlah perbincangan asal usul nama Luak Jempol yang dinisbahkan kepada sebatang sungai yang hulunya datang dari sebuah bukit yang dinamakan Bukit Peraja mengalir melalui Luak Jempol dengan kualanya masuk ke Sungai Muar.
Jempol sejak dahulu sentiasa terbahagi dua (2); dahulu bahagian Ulu di bawah Jelebu sehingga ada ungkapan 'Ulu Jempol serambi Jelebu' dan bahagian Hilir di bawah Johol sehingga ada ungkapan 'Kuala Jempol serambi Johol'. Sekarang, Ulu Jempol di bawah pentadbiran Daerah Kuala Pilah manakala Kuala Jempol di bawah pentadbiran Daerah Serting. Namun pentadbiran adatnya adalah satu. Luak Jempol.
Sempadan bahagian Ulu dan Kuala Jempol ialah tempat yang bernama Bukit Sempit yang jaraknya dari pekan Batu Kikir lebih kurang tiga kilometer menghala ke Padang Lebar.
Terdapat berbagai pendapat mengenai penerokaan awal Luak Jempol ini. Kesahihan dakwaan ini masih tidak dapat ditentukan. Ada cerita yang mengatakan bermula daripada sembilan (9) orang dalam satu kumpulan yang bersahabat karib membuka kawasan tersebut. Mereka dikatakan berasal dari Sumatera. Bersama-sama mereka terdapat juga pengikut-pengikut atau anak-anak buah yang ikut mencari penempatan baru.
Penduduk di Tanah Minang juga mengakui bahawa anak-anak Minangkabau digalakkan merantau dengan meninggalkan kampung halaman mereka bagi mencari pengalaman hidup. Bersesuaian dengan ungkapan yang menyebut: -
Keratau madang di hulu
Babuah babungo balun
Marantau bujang dahulu
Di rumah paguno balun
Rombongan tersebut singgah di Merbau Seratus (Pasir Besar). Di situ mereka membuat penempatan. Apabila sudah membuat penempatan di Pasir Besar mereka mudik lagi ke hulu dengan meninggalkan beberapa keluarga menetap di sana. Cara mereka meneroka sesuatu tempat juga mempunyai persamaan dengan peneroka-peneroka di Ulu Muar.
Perjalanan melalui sungai tersebut hingga sampai ke beberapa cabang lagi yang mengalir masuk ke Sungai Muar. Mereka berpecah di situ. Sebahagian mudik masuk Sungai Jelai terus ke Johol, manakala sebahagian lagi memasuki Pahang.
Kumpulan yang mudik mengikut Sungai Jempol terus mencari penempatan di situ yang sesuai untuk bercucuk tanam. Di kawasan yang mereka terokai itu memang sudah didiami oleh anak tempatan suku kaum Asli. Masyarakat mereka belumlah ramai. Kampung yang mereka terokai itu dikenali sebagai ‘Penarikan’. Sebagai golongan migran mereka meminta izin daripada anak-anak tempatan untuk memulakan penghidupan baru di situ.
Hubungan mereka dengan anak-anak tempatan terjalin akrab hingga berlakunya semenda menyemenda antara satu sama lain. Setelah penduduknya bertambah ramai melalui semenda menyemenda itu, mereka membentuk pentadbiran di bawah seorang ketua. Disebabkan golongan migran berkenaan lebih memahami peraturan dan pentadbiran, dilantiklah ketua dari puak mereka.
Bagaimanapun demi menjaga jalinan hubungan dengan anak-anak tempatan, mereka juga dibawa sama dalam pemerintahan. Bermula daripada sinilah terbentuknya sepuluh suku di kalangan penduduk di Jempol, dengan tiap-tiap suku mempunyai ketua yang diberi gelaran Dato’ Lembaga’.
Demikianlah fakta tulisan (yang telah diselitkan sedikit pembetulan) oleh YM Dato’ Komo Hj Duaji bin Bakar dalam buku Luak Tanah Mengandung tentang asal nama Jempol dan perkara-perkara yang ada hubungkait dengannya diperturunkan dengan menyalinnya secara panjang lebar untuk dapat dinilai bersama.
KESIMPULAN
Berdasarkan tulisan di atas membuktikan kawasan itu (Penarikan) telah sedia didiami orang sebelum Datuk Sempadang dan pengikut-pengikutnya datang ke situ.Berhubung dengan asal nama Jempol penulis yakin bahawa perkataan ‘JEMPOL’ yang diucapkan sambil menggenggam tangan dan menegakkan ibu jari ke atas oleh Datuk Sempadang sendiri atau pengikut-pengikutnya selepas selesai membuat tinjauan di kawasan sungai itulah sebenarnya yang menjadi asal nama Sungai Jempol seperti yang disebutkan oleh Dato’ Paduka Tuan Abd Rahman dalam risalahnya itu.
Ibu jari tangan dalam bahasa Jawa memang disebut Jempol. Jempol yang ditegakkan sambil menggenggam jari-jari tangan memanglah lumrah mengisyaratkan baik, bagus atau cantik.
Demikianlah perbincangan asal usul nama Luak Jempol yang dinisbahkan kepada sebatang sungai yang hulunya datang dari sebuah bukit yang dinamakan Bukit Peraja mengalir melalui Luak Jempol dengan kualanya masuk ke Sungai Muar.
Jempol sejak dahulu sentiasa terbahagi dua (2); dahulu bahagian Ulu di bawah Jelebu sehingga ada ungkapan 'Ulu Jempol serambi Jelebu' dan bahagian Hilir di bawah Johol sehingga ada ungkapan 'Kuala Jempol serambi Johol'. Sekarang, Ulu Jempol di bawah pentadbiran Daerah Kuala Pilah manakala Kuala Jempol di bawah pentadbiran Daerah Serting. Namun pentadbiran adatnya adalah satu. Luak Jempol.
Sempadan bahagian Ulu dan Kuala Jempol ialah tempat yang bernama Bukit Sempit yang jaraknya dari pekan Batu Kikir lebih kurang tiga kilometer menghala ke Padang Lebar.
9. Pak Sudum Durai peneroka di Ulu Jempol
To’ Batin Pak Sudum Durai anak Batin (Puteri) Kunun adalah cucu Dato’ Korbau. Ibunya memberinya nama Durai mengambil sempena nama moyangnya Berdurai Besi isteri Dato’ Batin Bercanggai Besi. Beliau bersama Pak Belukang dan saudara perempuannya Nenek Relong adalah Biduanda Asal (Salasilah) sejak mudanya membuat penempatan di Bukit Salai di Pasir Besar. Mereka mendiami perkampungan itu dengan aman dan selesa. Setelah menjelang umur agak tua sedikit beliau dengan beberapa orang saudara dan pengikutnya terpaksa mengambil keputusan meninggalkan kampung halaman kerana sebab yang dipercayai ada hubungkait dengan peristiwa kejatuhan kerajaan Melayu di Melaka.
Sejak kekalahan Melaka itu acapkali benar sepion-sepion penjajah datang ke Pasir Besar kononnya bagi menjejaki mereka yang dianggap sebagai pemberontak yang tidak mahu patuh kepada pihak penjajah di Melaka itu. Dengan itu penduduk-penduduk di perkampungan itu kebanyakannya telah merasa terancam dan tidak lagi tenteram. Bagi mereka yang ada pengikut seperti Pak Sudum Durai telah membuat keputusan meninggalkan Bukit Salai di Pasir Besar mencari penempatan baru kebetulan pula kehidupan orang asli memang suka berpindah randah. Pak Sudum Durai yang memilih memudiki Sungai Leban Condong hingga ke hulunya dan akhirnya membuat penempatan di Danau Rasau (Danau adalah satu lubuk besar dan Rasau adalah sejenis tumbuhan rumpai air) di Ulu Jempol. Sekarang tempat itu dinamakan Kampung Guntur.
Dari Bukit Salai di Pasir Besar inilah juga tempat asalnya Dato’ Daim Penghulu pertama Luak Jempol bersama ibunya Patam dijemput pada awal sejarah Jempol berPenghulu, setelah mendapat persetujuan dari Undang Johol, Dato’ Rambutan Jantan.

10. Mahagalang 'Baka' Waris Budianda yang 'Gahara'
Dikalangan pemuka-pemuka adat, pencinta dan pengamal Adat Perpatih di Negeri Sembilan, apabila membicarakan asal-usul adat perpatih yang dibawa oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang dari Minangakabau dan akhirnya diterima pakai oleh masyarakat di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka itu, tidak akan lengkap tanpa menyebut satu nama besar yang dinisbahkan sebagai asal sebenar ‘BAKA’ keturunan Suku Biduanda yang mendominasi penyandang pesaka-pesaka besar adat di Negeri Sembilan.
Pesaka Dato’-Dato’ Undang Luak dan kebanyakan pesaka Dato’-Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung termasuk pesaka Dato’ Batin Beradat di Luak Jempol itu, salasilah keturunannya bertaut sampai kepada beliau.
Nama itu ialah Menggalang atau Dato’ Batin Mahagalang, cucu saudara benar kepada Dato’ Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Mengikut riwayat, semasa Dato’ Perpatih Nan Sebatang hendak melancarkan ‘Lancang Kuning’nya untuk berlayar meninggalkan kampung halamannya Padang Lawas di Luhak Tanah Datar di Minangkabau, beliau terpaksa menggalangkan anak sulung saudaranya yang sedang 'bunting sulung' pula (di dalam terombo Biduanda Salasilah disebut namanya Soko Upik tentunya bukan namanya yang sebenar) di hadapan lancangnya untuk membolehkan lancang itu diluncurkan dengan mudah berdasarkan mimpi beliau yang mengkehendaki begitu, selepas usaha melancarkannya sebelum itu tidak berjaya walaupun ditolak menggunakan tenaga manusia yang ramai. Selepas lancang itu berjaya dilancarkan didapati anak saudaranya yang menjadi penggalang itu selamat dan tidak cedera sedikit jua pun seketika itu pula melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Menggalang atau Mahagalang. Dato’ Perpatih pun berlayar meniggalkan tanah Minang.
Di Minangkabau, adat anak muda hendaklah keluar mengembara untuk mencari pengalaman yang dianggap sebagai satu kemestian seperti bunyi serangkap pantun:-
Begitulah Menggalang apabila berumur lebih kurang dua puluh tahun, beliau telah berlayar meninggalkan kampung halamannya mengikut jejak Datuk saudaranya Perpatih Nan Sebatang yang tidak diketahui berada di mana, merantau ke Semenanjung hingga akhirnya beliau bertemu dengan datuk saudaranya itu di Sungai Ujung. Di Sungai Ujung beliau dikahwinkan dengan seorang anak perempuan Tok Batin Bercanggai Besi yang menjadi sahabat karib kepada Perpatih Nan Sebatang (Tok Batin Bercanggai Besi seperti juga bapanya Seri Alam sebelum menjadi Tok Batin dipercayai pernah berkhidmat sebagai Biduanda di istana Raja Melaka).
Takdir menyebelahi Menggalang apabila bapa mertuanya meninggal, beliau telah dilantik menjadi Tok Batin dengan gelaran Dato’ Batin Mahagalang. Dato’ Batin Mahagalang mendapat empat orang anak dengan isterinya anak Tok Batin Bercanggai Besi itu. Keempat-empat anaknya itu semuanya menjadi Dato’ Undang’. Yang tua lelaki dijadikan Undang Luak Sungai Ujung, yang tengah juga lelaki dijadikan Undang Luak Jelebu, anak lelaki bongsunya dijadikan Undang Luak Rembau manakala anaknya yang alang (ketiga) dijadikan Undang Luak Johol. Beliau sahajalah yang merupakan seorang Soko (perempuan) yang dijadikan Dato’ Undang Luak di Negeri Sembilan.

Lang kota terbang ke ulu
Membuat sarang di ulu aai
Baiklah rang modo merantau dulu
Di kampung balun baguno lai

11. Suku Biduanda
Tidaklah diketahui dengan tepat asal usul gelaran BIDUANDA yang digelarkan kepada salah satu suku orang asli di Negeri Sembilan itu.
Mengikut Encik Abu Chek bin Mat Sarum penulis buku ‘Asal Usul Adat Perpatih’ yang ditulisnya pada tahun 1961, perkataan Biduanda itu dari Badwi. Orang Badwi dari tanah Arab yang sebelum datang membuka negeri di Negeri Sembilan telah singgah di Indocina dan orang-orang Indocina memanggil orang-orang Arab itu Biduanda. Beliau juga menulis bahawa seolah-olah semua orang asli di Negeri Sembilan bersuku Biduanda.
Saranan itu berkemungkinan tidak tepat kerana:-
Di dalam Terombo Dato’ Batin Jempol, ada disebut bahawa, gelaran 'Biduanda' itu berasal dari gelaran orang yang bertaraf pegawai yang bertugas di dalam istana raja-raja zaman silam. Bahkan memang terdapat gelaran Biduanda di dalam buku-buku dan hikayat-hikayat lama yang merujuk adanya pegawai dalam istana zaman dahulu itu yang dipanggil 'Biduanda' khususnya di istana Temasik dan Melaka. Tidak semua Biduanda petugas-petugas di istana itu bertugas hingga akhir hayat namun mereka tetap dikenali sebagai Biduanda walaupun selepas bersara.
Selepas bersara mereka membawa diri dan membuka negeri (perkampungan) seperti Tok Batin Seri Alam bapa kepada Tok Batin Bercanggai Besi yang membuka Sungai Ujung itu. Pengikut-pengikut mereka biasanya dipanggil ‘Ghayat’ (rakyat), walaupun mereka terdiri daripada berbagai-bagai nama suku misalnya Jakun, Semelai Temiar dan lain-lain. Di Negeri Sembilan panggilan itu kekal beberapa lama sehinggalah diselaraskan dengan panggilan 'Orang Asli' kira-kira pada pertengahan kurun ke-20, selepas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ditubuhkan.

- Orang Arab yang datang ke Tanah Melayu sudah sedia beragama Islam. Manakala orang-orang Biduanda yang telah sedia ada di Negeri Sembilan pada masa itu penganut ‘animisme’ barulah mengenal Islam selepas kedatangan orang-orang Arab itu.
- Tidak semua orang asli di Negeri Sembilan bersuku Biduanda bahkan terdapat berbagai-bagai suku seperti Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan lain-lain.
Di dalam Terombo Dato’ Batin Jempol, ada disebut bahawa, gelaran 'Biduanda' itu berasal dari gelaran orang yang bertaraf pegawai yang bertugas di dalam istana raja-raja zaman silam. Bahkan memang terdapat gelaran Biduanda di dalam buku-buku dan hikayat-hikayat lama yang merujuk adanya pegawai dalam istana zaman dahulu itu yang dipanggil 'Biduanda' khususnya di istana Temasik dan Melaka. Tidak semua Biduanda petugas-petugas di istana itu bertugas hingga akhir hayat namun mereka tetap dikenali sebagai Biduanda walaupun selepas bersara.
Selepas bersara mereka membawa diri dan membuka negeri (perkampungan) seperti Tok Batin Seri Alam bapa kepada Tok Batin Bercanggai Besi yang membuka Sungai Ujung itu. Pengikut-pengikut mereka biasanya dipanggil ‘Ghayat’ (rakyat), walaupun mereka terdiri daripada berbagai-bagai nama suku misalnya Jakun, Semelai Temiar dan lain-lain. Di Negeri Sembilan panggilan itu kekal beberapa lama sehinggalah diselaraskan dengan panggilan 'Orang Asli' kira-kira pada pertengahan kurun ke-20, selepas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ditubuhkan.
12. Kelebihan Suku Biduanda
Kelebihan Suku Biduanda dalam pentadbiran adat yang bermula dari Sungai Ujung itu bermula apabila anak Tok Batinnya Puteri Mayang Selida berkahwin dengan Mahagalang cucu saudara benar Dato’ Perpatih Nan Sebatang yang datang dari alam Minangkabau itu. Memang menjadi kebiasaan seorang pendatang baru ada mempunyai ciri-ciri kelebihan pada pandangan penduduk tempatan. Sebagai seorang anak rantau yang budiman, Menggalang sangat dihormati dan dimuliakan oleh pendatang-pendatang Minangkabau yang sedia ada di Sungai Ujung kerana memang beliau berasal dari keturunan bangsawan di Minangkabau tambahan (klik) urang awak dan beliau dihormatmuliakan juga oleh orang asli penduduk tempatan kerana telah berkahwin dengan anak Tok Batinnya. Dengan adanya beberapa kelebihan yang terkumpul kepada Mahagalang itu penduduk tempatan mengganggap semua anak-anak yang lahir dari perkahwinan Mahagalang dengan isterinya Puteri Mayang Selida itu lebih mulia sebagai anak Biduanda yang berdarah ‘GAHARA’.
Kerana mempunyai darah gahara itulah semua luak Jelebu, Rembau, Johol dan Sungai Ujung sendiri telah bersetuju menerima perlantikan semua anak-anak Dato’ Batin Mahagalang cucu kepada Dato’ Batin Bercanggai Besi itu untuk menjadi Dato’ Undang.
Dato’-Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung juga termasuk Dato’-Dato’ Batin dilantik dari kalangan Suku Biduanda. Walaupun Dato’-Dato’ Penghulu Luak Terachi dan Gunung Pasir tidak dilantik dari kalangan suku Biduanda, itu ada sebab lain namun menjadi syarat di Terachi setiap Penghulu Luak yang dilantik kejawatan itu isterinya hendaklah seorang perempuan yang bersuku Biduanda Waris.
Kerana mengutamakan darah Biduanda yang gahara itulah juga yang merangsang pendatang-pendatang Minang yang bertanggungjawab hendak melantik Penghulu Luak pertama di Luak Jempol berurusan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan matabenih dari keturunan Dato’ Batin Mahagalang sehingga pergi mengadap kepada YM Dato’ Undang Luak Johol yang mana mereka tahu Dato’ Undang Luak Johol itu adalah waris Soko tunggal Biduanda gahara dari Batin Mahagalang di Sungai Ujung itu.

13. Waris Biduanda/Biduanda Waris di Jempol
Dalam adat persukuan di Negeri Sembilan nama suku Biduanda memang satu nama yang tidak asing bahkan terpenting dengan kedudukan dan keistimewaan-keistimewaan yang tertentu. Apabila disebut Waris Biduanda maknanya merujuk kepada sebahagian atau pecahan atau salah satu daripada suku itu kerana walaupun mereka berasal dari satu rumpun sahaja tetapi pecahan-pecahan suku Biduanda terpaksa dipanggil dengan berbagai nama untuk memudahkan tadbir dan menguruskan kebajikan kumpulan (perut) masing-masing. Tetapi apabila disebut Biduanda Waris maka panggilan itu meliputi seluruh suku-suku Biduanda. Rumpun Biduanda yang asal berketurunan 'Baka' dari Dato’ Batin Mahagalang dipanggil dengan nama Biduanda Salasilah (yang bermaksud salasilahnya sampai kepada Dato’ Batin Mahagalang).
Sebelum datangnya peneroka-peneroka dari Minangkabau dan lain-lain memang telah banyak tempat-tempat yang telah sedia diteroka oleh orang-orang asli di Negeri ini khususnya Suku Biduanda.
Berhubung dengan suku Biduanda secara umumnya, Allahyarham Tan Seri Mubin Sherppard bekas pengarah Muzium Negara yang juga bekas Penasihat British (BA) di Negeri Sembilan pernah menegaskan dalam satu wawancara bahawa menurut kaji selidiknya orang asli peneroka asal di Negeri Sembilan adalah dari kalangan suku Biduanda. Mereka telah mempunyai tamadun sendiri semasa kedatangan orang-orang Minangkabau itu.
Di Jempol Waris Suku Biduanda terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu:-
Di dalam risalah ‘SEJARAH ASAL USUL JEMPOL LUAK DAN SUKU’ (SAUJLDS) yang ditulis oleh Dato’ Paduka Tuan Abd Rahman bin Ahmad, suku-suku Biduanda Dagang ini disebut Biduanda Minangkabau. Sebenarnya tidak ada suku Biduanda yang datang dari Minangkabau kecuali ‘BAKAGAHARA’nya Dato’ Batin Mahagalang yang tidak juga bersuku Biduanda itu, berasal dari tanah Minang.
Di dalam risalah SAUJLDS itu beliau mencatatkan bahawa di Jempol terdapat tujuh (7) Suku Biduanda. Enam berasaskan tempatan, tinggal di Kuala Jempol iaitu, Suku Biduanda Pasak, Suku Biduanda Kaya Menteri, Suku Biduanda Gompo, Suku Biduanda Jegarang, Suku Biduanda Duka Menteri dan Suku Biduanda Maharaja Lela. Manakala satu (1) suku lagi yang diistilahkannya sebagai Biduanda Asas Minangkabau tinggal di Ulu Jempol tanpa keterangan lebih lanjut.
Di dalam risalah ‘BIDUANDA WARIS DI LUAK JEMPOL’ mencatatkan di Jempol terdapat enam (6) Suku Waris Biduanda iaitu Biduanda Salasilah, Biduanda Kelawang, Biduanda Paduka Tuan, Biduanda Rambau dan Biduanda Jawa yang berada di Ulu Jempol. Manakala satu (1) berada di Kuala Jempol iaitu Suku Biduanda Pasak.(Asalnya Biduanda Salasilah). Jika disatukan kedua-dua fakta ini ternyata ada sebelas (11) Suku Biduanda di Jempol iaitu enam (6) di Kuala Jempol dan lima (5) di Ulu Jempol iaitu:-
Menurut Dato’ Padukan Tuan Dato’ Abd Rahman bin Ahmad lagi, diperingkat awal, kesemua Suku-Suku Biduanda di Jempol, adalah mempunyai seorang sahaja penyandang pesaka Dato’ Lembaga iaitu Dato’ Umbi yang disandang oleh Suku Biduanda yang di Ulu Jempol itu.
Sebagai wakil Dato’ Lembaga bagi menguruskan Suku-Suku Biduanda yang berada di Kuala Jempol (Biduanda Pasak) dilantiklah seorang ketua bergelar To’ Mangku.
Berlaku pula peristiwa selepas kematian To’ Paduka Tuan Pandai di Ulu Jempol, pihak pentadbir adat di Kuala Jempol pada masa itu telah membawa pesaka itu ke hilir dengan melantik Johar dari Biduanda Pasak untuk menjadi Buapak dengan memakai gelar To’ Paduka Tuan (gelaran itu diambil dari Suku Biduanda Sempoalang di Ulu Jempol) dan pesaka yang berasal dari hulu itu tidak pernah ke hulu lagi selepas itu. Tambahan pula, sejak To’ Paduka Tuan Nordin yang menggantikan To’ Paduka Tuan Sitam, pesaka itu telah dipertanggungjawabkan sebagai seorang Dato’ Lembaga (bagi Biduanda Pasak).
Akibat dari itu peranan To’ Mangku sebagai wakil Dato’ Umbi tidak berfungsi lagi dan sejak itu juga peranan Dato’ Umbi kepada suku-suku Biduanda yang di hilir itu tidak berjalan pula. Manakala Biduanda Sempuolang perut Paduka Tuan yang asal di Ulu Jempol, selepas berlaku lama kekosongan ditambah pula dengan keadaan semasa yang tidak memungkinkan pesaka itu untuk kembali ke hulu, telah melantik seorang yang bernama Nangka menjadi Buapak untuk mengetuai sukunya dengan gelaran To’ Paduka Tuan.
Selepas berlakunya penyusunan adat di awal kurun ke-20, Biduanda Salasilah yang keseluruhannya telah memeluk agama Islam dan telah menjunjung adat perpatih sebagai cara hidup, Pentadbir Negeri dan Adat telah bersetuju merangkumkan pentadbiran adat perut ini ke dalam Biduanda Waris yang berLembagakan Dato’ Umbi disamping mengekalkan semua keistimewaan yang ada kepadanya sebelum itu.

- Waris Biduanda asal tempatan iaitu Waris Biduanda yang datang dari Pasir Besar (Pasir Besar dahulunya dalam Luak Jempol).
- Waris Biduanda Dagang yang dimaksudkan ialah Waris Biduanda yang datang dari Luak sekitar seperti Jelebu, Sungai Ujung, Rembau, Johol dan lain-lain.
Di dalam risalah ‘SEJARAH ASAL USUL JEMPOL LUAK DAN SUKU’ (SAUJLDS) yang ditulis oleh Dato’ Paduka Tuan Abd Rahman bin Ahmad, suku-suku Biduanda Dagang ini disebut Biduanda Minangkabau. Sebenarnya tidak ada suku Biduanda yang datang dari Minangkabau kecuali ‘BAKAGAHARA’nya Dato’ Batin Mahagalang yang tidak juga bersuku Biduanda itu, berasal dari tanah Minang.
Di dalam risalah SAUJLDS itu beliau mencatatkan bahawa di Jempol terdapat tujuh (7) Suku Biduanda. Enam berasaskan tempatan, tinggal di Kuala Jempol iaitu, Suku Biduanda Pasak, Suku Biduanda Kaya Menteri, Suku Biduanda Gompo, Suku Biduanda Jegarang, Suku Biduanda Duka Menteri dan Suku Biduanda Maharaja Lela. Manakala satu (1) suku lagi yang diistilahkannya sebagai Biduanda Asas Minangkabau tinggal di Ulu Jempol tanpa keterangan lebih lanjut.
Di dalam risalah ‘BIDUANDA WARIS DI LUAK JEMPOL’ mencatatkan di Jempol terdapat enam (6) Suku Waris Biduanda iaitu Biduanda Salasilah, Biduanda Kelawang, Biduanda Paduka Tuan, Biduanda Rambau dan Biduanda Jawa yang berada di Ulu Jempol. Manakala satu (1) berada di Kuala Jempol iaitu Suku Biduanda Pasak.(Asalnya Biduanda Salasilah). Jika disatukan kedua-dua fakta ini ternyata ada sebelas (11) Suku Biduanda di Jempol iaitu enam (6) di Kuala Jempol dan lima (5) di Ulu Jempol iaitu:-
BIL
|
NAMA SUKU
|
ASAL
|
KATEGORI
|
KAWASAN MENETAP
|
1.
|
Biduanda
Pasak
|
Pasir
Besar
|
Tempatan
|
Kuala
Jempol
|
2.
|
Biduanda
Kaya Menteri
|
Pasir
Besar
|
Tempatan
|
Kuala
Jempol
|
3.
|
Biduanda
Gompo
|
Pasir
Besar
|
Tempatan
|
Kuala
Jempol
|
4.
|
Biduanda
Jegarang
|
Johol/Pahang
|
Dagang
|
Kuala
Jempol
|
5.
|
Biduanda
Duka Menteri
|
Pulau
Pinang
|
Dagang
|
Kuala
Jempol
|
6.
|
Biduanda
Maharaja Lela
|
Johol
|
Dagang
|
Kuala
Jempol
|
7.
|
Biduanda
Salasilah
|
Pasir
Besar
|
Tempatan
|
Ulu
Jempol
|
8.
|
Biduanda
Kelawang
|
Jelebu
|
Dagang
|
Ulu
Jempol
|
9.
|
Biduanda
Paduka Tuan
|
Jelebu
|
Dagang
|
Ulu
Jempol
|
10.
|
Biduanda
Rembau
|
Rembau
|
Dagang
|
Ulu
Jempol
|
11.
|
Biduanda
Jawa
|
Sungai
Ujung
|
Dagang
|
Ulu
Jempol
|
Menurut Dato’ Padukan Tuan Dato’ Abd Rahman bin Ahmad lagi, diperingkat awal, kesemua Suku-Suku Biduanda di Jempol, adalah mempunyai seorang sahaja penyandang pesaka Dato’ Lembaga iaitu Dato’ Umbi yang disandang oleh Suku Biduanda yang di Ulu Jempol itu.
Sebagai wakil Dato’ Lembaga bagi menguruskan Suku-Suku Biduanda yang berada di Kuala Jempol (Biduanda Pasak) dilantiklah seorang ketua bergelar To’ Mangku.
Berlaku pula peristiwa selepas kematian To’ Paduka Tuan Pandai di Ulu Jempol, pihak pentadbir adat di Kuala Jempol pada masa itu telah membawa pesaka itu ke hilir dengan melantik Johar dari Biduanda Pasak untuk menjadi Buapak dengan memakai gelar To’ Paduka Tuan (gelaran itu diambil dari Suku Biduanda Sempoalang di Ulu Jempol) dan pesaka yang berasal dari hulu itu tidak pernah ke hulu lagi selepas itu. Tambahan pula, sejak To’ Paduka Tuan Nordin yang menggantikan To’ Paduka Tuan Sitam, pesaka itu telah dipertanggungjawabkan sebagai seorang Dato’ Lembaga (bagi Biduanda Pasak).
Akibat dari itu peranan To’ Mangku sebagai wakil Dato’ Umbi tidak berfungsi lagi dan sejak itu juga peranan Dato’ Umbi kepada suku-suku Biduanda yang di hilir itu tidak berjalan pula. Manakala Biduanda Sempuolang perut Paduka Tuan yang asal di Ulu Jempol, selepas berlaku lama kekosongan ditambah pula dengan keadaan semasa yang tidak memungkinkan pesaka itu untuk kembali ke hulu, telah melantik seorang yang bernama Nangka menjadi Buapak untuk mengetuai sukunya dengan gelaran To’ Paduka Tuan.
Selepas berlakunya penyusunan adat di awal kurun ke-20, Biduanda Salasilah yang keseluruhannya telah memeluk agama Islam dan telah menjunjung adat perpatih sebagai cara hidup, Pentadbir Negeri dan Adat telah bersetuju merangkumkan pentadbiran adat perut ini ke dalam Biduanda Waris yang berLembagakan Dato’ Umbi disamping mengekalkan semua keistimewaan yang ada kepadanya sebelum itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)