Kerapatan itu dihadiri oleh seramai tujuh belas (17) orang termasuk YM Dato’ Umbi Ramli bin Md. Yusop dan Dato’ Batin Jempol Hj. Zainuddin bin Hamzah. Iaitu:-
1
|
YM Dato’ Umbi Ramli bin Md. Yusop
|
|
2
|
YM Dato’ Batin Jempol Dato’ Hj. Zainuddin bin Hamzah
|
|
3
|
Dato’ Sialang Puteh Razali bin Md. Dom
|
(perut Sesilah)
|
4
|
To’ Cincang Ghazali bin A. Rashid
|
(perut Cincang)
|
5
|
To’ Lela Menteri Hj Baharum bin Taam
|
(perut Jawa)
|
6
|
To’ Perba Hj. Mohd Deli bin Ayut
|
(perut Menteri)
|
7
|
To’ Menteri Hj. Mohd Diah bin Yusof
|
(perut Menteri)
|
8
|
To’ Lakmana Hj. Abu Samah bin Taam
|
(perut Sesilah)
|
9
|
To’ Siamar Menteri Hj. Ujang bin Yusop
|
(penyusun)
|
10
|
To’ Mengkara Abd Razak bin Sirat
|
(perut Cincang)
|
11
|
Puan Hjh. Tiamin bt Merman
|
(perut Paduka Tuan)
|
12
|
Puan Hjh. Zainon bt Atin
|
(perut Cincang)
|
13
|
Puan Hasmah bt Md. Dom
|
(perut Sesilah)
|
14
|
Puan Siti Habsah bt Latif
|
(perut Sesilah)
|
15
|
Puan Dara bt Lanjung
|
(perut Jawa)
|
16
|
Puan Halimah bt Ibrahim
|
(perut Menteri)
|
17
|
Puan Banah bt Samat
|
(perut Sesilah)
|
Selepas mengambil kira semua pandangan dan cadangan dari Buapak-Buapak dan Ibu-Ibu Soko serta nasihat daripada YM Dato’ Umbi dan Dato’Batin Jempol maka risalah ini disusun semula untuk lebih menepati fakta yang sebenar dan dengan itu diyakini boleh dijadikan rujukan oleh generasi yang akan datang bagi mengenali siapa dan bagaimana letaknya kedudukan pesaka-pesaka adat yang terdapat di dalam Suku Biduanda Waris di Jempol.
Semasa menyusun buku ini saya sempat membaca sebuah tulisan Dato’ Paduka Tuan Dato’ Abd Rahman bin Ahmad yang bertajuk ‘Sejarah Asal Usul Jempol Luak dan Suku’. Walaupun tulisan itu sebenarnya mengkesampingkan Suku-Suku Biduanda Waris di Ulu Jempol, yang dinyatakan cuma ada satu suku sahaja berasaskan Minangkabau walaupun sebenarnya di Ulu Jempol ada 5 perut suku Biduanda, 1 bertaraf tempatan dan 4 mendatang yang juga setaraf dari segi adat kerana semuanya berasal dari rumpun yang sama iaitu keturunan ‘Baka’ Biduanda Waris Dato’ Batin Mahagalang.
Namun bagaimanapun tulisan itu ternyata dapat memberikan panduan dan sumbangan dalam memperlengkapkan pengenalan kepada suku-suku Biduanda di Jempol.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang cukup mahir dalam penulisan ini tetapi kita patut menghormati kata orang tua-tua ‘Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga’ bahkan sebenarnya Terombo Biduanda Waris belum pernah dibukukan. Kebanyakan faktanya saya terima secara lisan dari Almarhum Dato’ Batin Ibrahim bin Amin, Batin Jempol ke-7. Kerana itu fakta yang melibatkan Perut Salasilah/Sialang Puteh agak lebih terperinci sedikit kalau dibandingkan dengan perut-perut yang lain.
Walaubagaimanapun di atas usaha yang sangat sedikit ini, memang masih ada juga terdapat kekurangan, kesilapan dan ketinggalan, oleh itu saya dengan rendah hati mengharapkan beribu maaf dan sedia menerima sebarang teguran-teguran ikhlas yang membina.
HJ. UJANG BIN YUSOP
To’ Siamar Menteri
Kampung Gajah Mati
Mentakab, Pahang
macam mana nak dapatkan buku tuan?
ReplyDelete