Bagi suku Biduanda pula, Biduanda Pasak di Kuala Jempol tidak menjadi kesalahan perut Mayam berkahwin dengan perut Bidai dalam suku yang sama. Biduanda Sempuolang atau perut Paduka Tuan di Ulu Jempol di bawah Lembaga Biduanda Waris pada zaman Dato’ Paduka Tuan Pandai pernah membuat janji dengan Biduanda Salasilah dan suku Biduanda Rembau tidak boleh semenda menyemenda tetapi nampaknya ikrar dengan suku Biduanda Rembau itu telah terbatal apabila berlaku perkahwinan Mahadi B. Raoh dari perut Biduanda Rembau dengan Tiamin Bt. Merman dari perut Paduka Tuan dan perkahwinan Yusof B. Md Noh dari perut Paduka Tuan dengan Timah Bt. Raoh dari perut Biduanda Rembau. Manakala Biduanda Salasilah sejak dari dahulu lagi tidak menghalang sukunya berkahwin dengan empat suku-suku dari Biduanda Dagang yang terlingkung Dato’ Lembaga Biduanda Waris itu. Bahkan tidak ada halangan perkahwinan antara empat perut yang terlingkung dalam perut Sialang Puteh. Kerana Perut Rompin, Perut Muar dan Perut Tiram itu walaupun menepat kepada Sialang Puteh, tetapi tidak pernah berkedim secara ‘Bercecah Darah’.
Berikutan itu telah berlaku beberapa persemendaan antara perut-perut ini yang tidak dianggap sebagai kesalahan, seperti berikut:-
Pasangan
|
Perut
|
Hj.
Omar B. Budin & Temah Bt. Ahmad
|
Salasilah
& Muar
|
Tiaya
Bt. Hj. Wahid & Ujang B. Ma’alih
|
Salasilah
& Rompin
|
Saat
B. Tiawai & Lembik Bt. Butun
|
Tiram
& Rompin
|
Siti
Hafsah Bt. Abd. Latif & Ismail B. Sharif
|
Salasilah
& Rompin
|
Namun Biduanda Salasilah atau Perut Sialang Puteh tetap tidak membenarkan berkahwin sesama perut Salasilah termasuk Biduanda Pasak.
Berkenaan pernikahan Biduanda Salasilah dengan Biduanda Pasak ini pernah terjadi sekali persemendaan yang tidak disedari antara Mudik Bin Sendeng dari Biduanda Salasilah di Ulu Jempol dengan Hawa Bt. Taib dari Biduanda Pasak yang duduk di Padang Lebar sehingga mendapat dua orang anak bernama Mansur dan Rahmah. Dalam masa selama perkahwinan itu Mudik telah menghidapi sejenis penyakit kulit yang amat serius. Puas berubat sama ada secara tradisional atau secara moden tetapi penyakit itu tidak juga hilang. Dato’ Batin Sudin B. Siadek telah membuat penyiasatan dengan mengemukakan beberapa pertanyaan maka diketahuilah oleh Dato’ Batin Sudin bahawa Hawa Bt. Taib itu dari perut Biduanda Sekudai keturunan Patam di Kuala Jempol. Dengan nada keras Batin Sudin mengingatkan Mudik supaya berpisah (cerai) dengan isterinya kerana Hawa itu sebenarnya adalah bersuku Salasilah carak Kuala Jempol. Mahu tidak mahu terutama tidak tahan lagi menghidap penyakitnya yang kian parah, Mudik telah patuh kepada nasihat abangnya itu. Selepas bercerai Mudik terus berubat dengan abangnya dan Alhamdulillah penyakitnya semakin hilang dan akhirnya cuma tinggal sedikit di belakang tapak kakinya yang terus tidak hilang hingga akhir hayatnya.
No comments:
Post a Comment