30.1 Biduanda Kelawang (Perut Menteri)
Waris ini lebih dikenali dengan Biduanda Kelawang kerana perut ini berasal dari Jelebu, membuat kampung halaman di Sungai Maden (Tengkek). Sejak diwujudkan Pesaka Lembaga, suku inilah yang mula-mula menyandang Lembaga Biduanda Waris. Waris ini terbahagi kepada dua perut yang dikenali sebagai Perut Hujung Tanjung dan Perut Pangkal Tanjung. Diketuai oleh seorang Buapak yang bergelar To’ Menteri yang biasanya dilantik dari Perut Hujung Tanjung dan dibantu oleh seorang Besar Waris bergelar To’ Perba yang biasanya dilantik dari Perut Pangkal Tanjung. Berikut nama penyandang-penyandang Pesaka Buapak, Besar Waris dan Ibu Soko yang dapat diketahui.
TO’ MENTERI
|
TO’ PERBA
|
IBU SOKO
|
Sekan
|
Sadey
|
-
|
Salih
|
Hj. Wahid bin Bakar
|
Surai
|
Hj. Suak bin Yatim
|
Sudin bin Labuh
|
Ipah
|
Udin bin Sipong
|
Udin bin Sipong (sebelum
menteri)
|
Saerah Bt. Ilias
|
Yakob bin Omar
|
Hj. Abdul Ghani
|
Timah Bt. Ali
|
Hj. Md. Diah bin Yusof
|
Naim bin Ayut
|
Halimah Bt. Ibrahim
|
Perut ini apabila menyandang Lembaga akan menggunakan gelaran Dato’ Umbi.
30.2 Biduanda Rembau (Perut Chinchang)
Biduanda ini dikenali juga sebagai Perut Chinchang. Waris ini berpindah ke Jempol dari Rembau kerana itu mereka dipanggil Perut Rembau. Membuat penempatan di suatu tempat yang dinamakan anak air empangan. Waris ini diketuai oleh seorang Buapak bergelar To’ Mengkara dan terdapat seorang bergelar To’ Chinchang. To’ Chinchang ini termasuk Pegawai 99 tetapi mengikut keterangan To’ Mengkara Razak Bin Sirat, selain dari pegawai 99, To’ Chinchang tidak diiktiraf sebagai Orang Besar Waris di dalam perutnya. Setakat yang diketahui mereka-mereka yang telah menyandang pesaka dalam perut ini ialah:-
BUAPAK
TO’ MENGKARA
|
TO’ CHINCHANG
|
IBU SOKO
|
Rauh
|
Ujang B. Cik
|
-
|
Umar B. Sail
|
Dirangkap
|
Lijah Bt. Sail
|
Itam B. Cik
|
-sda-
|
-sda-
|
Shaaban B. Tahar
|
-sda-
|
Lembik Bt. Rauf
|
Razak B. Sirat
|
-sda-, Letak jawatan
Ghazali B. Abd Rashid
|
Hjh. Zainun Bt. Atin
|
Faizah B. Hj. Ismail
|
Ghazali B. Abd Rashid
|
Hjh. Zainun Bt. Atin
|
Perut ini apabila menyandang Lembaga menggunakan gelaran Dato’ Bentara tetapi Dato’ Ramli Bin Md. Yusop penyandang pesaka dari perut ini menggunakan gelaran Dato’ Umbi.
30.3 Biduanda Sempuolang (Perut Paduka Tuan)
Biduanda ini dikenali juga dengan nama Biduanda Sempuolang kerana perkampungannya di Sungai Sempuolang di Kampung Tampin. Biduanda Paduka Tuan ini adalah salah satu Suku Biduanda terawal datang ke Ulu Jempol. Mereka berpindah dari Jelebu (Petasih), sebelum datangnya Perut Menteri, Perut Chinchang dan Perut Jawa. Perut Paduka Tuan ini menjadi tempat menepat perut-perut yang datang kemudian. Semasa mereka datang ke Jempol, perut ini diketuai oleh seorang ketua bernama Pandai yang dikenali dengan To’ Paduka Tuan Pandai. Beliaulah yang bertanggungjawab mengislamkan Dato’ Batin Rendang dan anak-anak buahnya Biduanda Salasilah serta mengaku bersaudara berjanji tidak boleh semenda menyemenda. Perut ini juga ada membuat perjanjian tidak boleh semenda menyemenda dengan Perut Chinchang.
Pada masa-masa silam biasanya bagi penghijrah-penghijrah yang sudah sedia beragama Islam datang ke Ulu Jempol terus menepat kepada Dato’ Paduka Tuan. Beliaulah yang akan mencadangkan di mana penghijrah baru itu patut membuat penempatan dengan persetujuan Dato’ Batin manakala penghijrah orang asli terutama dari Rompin akan terus datang menepat kepada Dato’ Batin di Guntor itu. Keterangan lisan dari Hajah Tiamin Bt. Merman Ibu Soko Perut Paduka Tuan menceritakan
“…dahulu sebelum Ulu Jempol dikuasai oleh Dato’ Penghulu Luak Jempol, kawasan To’ Paduka Tuan adalah semua kawasan baruh Ulu Jempol. Ke hilirnya setakat Bukit Sempit, ke hulunya setakat Leban Condong. Di darat, gaung guntung, bukit bukau adalah kawasan Dato’ Batin. Dulu sebenarnya Paduka Tuan di Kuala Jempol tak ada, gelaran Paduka Tuan yang terdapat di Kuala Jempol itu asalnya diambil dari Perut ini dibawa ke hilir selepas kematian Paduka Tuan Pandai…”
Waris ini diketuai oleh seorang Buapak bergelar To’ Paduka Tuan dan seorang Besar waris bergelar To’ Monti. To’ Monti ini termasuk Pegawai 99. Penyandang-penyandang pesaka yang dapat diketahui seperti berikut:-
BUAPAK
TO’ PADUKA TUAN MORDI
BUAPAK
|
BESAR WARIS
TO’ MONTI
|
IBU SOKO
|
Pandai
|
-
|
-
|
Nangka
|
-
|
-
|
Onok (orang semenda)
|
-
|
-
|
Bidin B. Onok
|
Kabam B. Md. Noh
|
Kompot Bt. Onok
|
Mat Rashid B. Jatim
|
Kasim B. Merman
|
Lonjong Bt. Muji
|
Manan B. Merman
|
Ismail B. Maamin
|
Hjh. Tiamin Bt. Merman
|
Zainal Abidin B. Md Amin
|
Perut Paduka Tuan ini apabila menyandang lembaga akan bergelar Dato’ Dio Maharaja.
30.4 Biduanda Perut Jawa (Perut Jawa)
Suku Biduanda Jawa ini berpindah ke Jempol dari Sungai Ujong membuat kampung halaman di Sungai Pajah dan Kampung Kata. Tiada tarikh tepat kedatangan mereka tetapi mereka berpindah dipercayai pada zaman Dato’ Batin Layar B. Temenggong. Waris ini diketuai oleh seorang Buapak bergelar To’ Lela Menteri dan seorang orang besar waris bergelar To’ Dagang. To’ Dagang ini termasuk dalam Pegawai 99. Mereka-mereka yang pernah menyandang Buapak, Orang Besar dan Ibu Soko seperti berikut:-
BUAPAK
TO’ LELA MENTERI
|
BESAR WARIS
TO’ DAGANG
|
IBU SOKO
|
Perak
|
Saleh
|
|
Ismail b. Omar
|
Yasin b. Rasul
|
Sintan Bt. Omar
|
Ishak b. Ta’am
|
Harun b. Saji
|
Dara Bt. Lanjung
|
Abd Wahab b Taam
|
Tomanin bin Ariffin
|
30.5 Biduanda Salasilah (Perut Sialang Puteh)
Biduanda ini juga dipanggil dengan singkatan nama Biduanda Sesilah dan dikenali juga dengan “Perut Sialang Puteh” kerana adanya gelaran Dato’ Sialang Puteh yang menjadi Ketua Buapak di dalam suku ini.
Sesungguhnya semasa penduduk di Kuala Jempol menghantar To’ Pengeran, To’ Maliga dan To’ Poyang mengadap Dato’ Undang Luak Johol bagi mendapatkan seorang Penghulu Luak di Jempol yang akhirnya Dato’ Rambutan Jantan telah menyetujui Daim/Diam anak Patam seorang anak buahnya dari Waris Biduanda Salasilah di Pasir Besar menjadi Penghulu Luak, sebenarnya di Ulu Jempol ketika itu sudah lama ada satu suku Waris Biduanda yang datang dari Pasir Besar berasal dari Johol berketurunan dari Batin Mahagalang menjadi Batin di Jempol menetap di Danau Rasau Kampung Guntur iaitu suku Biduanda Salasilah/Sesilah memang pun dimaklum oleh Undang Luak Johol tentang kehadirannya di Jempol tetapi waris ini pada masa itu lebih menyembah ke Jelebu daripada ke Johol. Kerana Ulu Jempol pada masa itu berada di bawah Jelebu.
Istilah Salasilah bermakna susunan atau mata rantai keturunan atau nasab seseorang tetapi bila disebut Biduanda Salasilah adalah menunjuk satu nama khusus bagi suku Biduanda yang Salasilah keturunannya berasal dari Batin Mahagalang. Di Jempol, seperti yang telah diketahui umum bahawa suku Biduanda Salasilah (yang berpusat di Kampung Guntur) ini adalah kumpulan orang asli yang mula-mula datang meneroka di situ kerana itu gelaran ketua yang dipesakai sejak turun temurun ialah Dato’ Batin Jempol disandang oleh suku ini hingga sekarang.
Dizaman lampau, sebelum kedatangan Biduanda Paduka Tuan, Biduanda Salasilah di Ulu Jempol seumpama ‘induk’ kepada pendatang-pendatang baru ke kawasan itu khususnya suku-suku Orang Asli kerana secara tradisinya Dato’ Batinlah yang empunya harta dan menguasai kawasan tanah, hutan sungai, bukit-bukau dan gaung guntung. Setiap pendatang baru akan berjumpa Dato’ Batin dahulu dan Dato’ Batin lah yang akan menunjukkan di mana harus pendatang baru itu membuat penempatan.
Selain dari pesaka Dato’ Batin di dalam suku Biduanda Salasilah terdapat juga beberapa pesaka yang bergelar Dato’ Sialang Puteh, Dato’ Siamar Menteri, To’ Lakmana (Laksamana) dan ada juga beberapa Orang Besar (Ketua) Perut bagi mengetuai beberapa perut yang bernaung di bawahnya.
Selepas menganut Islam, suku ini telah beransur-ansur berpindah dari tanah pusaka asal (yang sekarang dijadikan rizab dan penempatan orang asli di Kampung Guntur) dan pada zaman pemerintahan Dato’ Batin Layar, suku ini tidak lagi mendiami secara tetap tanah rizab itu lantaran persemendaan dengan penduduk-penduduk yang baru mendatang dan sebab-sebab agama seperti mahu duduk hampir dengan masjid dan lain-lain. Walaubagimanapun, biasanya mereka akan mendatangi tanah pesaka itu secara bermusim mengikut keperluan.
Selepas perang dunia ke-2 sebahagian orang asli anak buah Dato’ Batin Jempol yang lari semasa Jepun, kembali semula bersama-sama beberapa keluarga yang bersuku Semelai, datang menduduki tanah rizab orang asli di Kampung Guntur itu. Mereka orang asli anak buah Dato’ Batin ini bersuku Temuan dan dikenali sebagai Perut Jekerah. Suku ini walaupun anak buah Dato’ Batin Jempol juga tetapi bukanlah Biduanda Salasilah. Mereka dari keturunan isteri Dato’ Batin Rendang yang tidak perihatin memeluk Islam bernama Sauk. Sauk ini berasal dari Bukit Linggi. Sebelum berkahwin dengan Dato’ Batin Rendang dia duduk di Senibai, orang asli dari perkampungan suku Temuan.
Biduanda Salasilah selepas dirangkumkan ke dalam suku Biduanda Waris telah menyusun semula pentadbiran sukunya seperti yang terdapat di dalam adat perpatih dengan mengiktiraf pentadbiran ber-Lembaga, Buapak, Orang Besar dan Tua-tua Waris serta Ibu Soko sesuai dengan perbilangan adat: anak buah berbuapak, suku berlembaga, luak berpenghulu dan alam beraja.
30.6 Besar (Ketua) Perut Dalam Biduanda Salasilah
Biduanda Salasilah (Perut Sialang Puteh) di Ulu Jempol merangkumi empat (4) perut. Diketuai oleh seorang Buapak bergelar To’ Siamar Menteri di bawahnya ada empat (4) Orang Besar Waris (ketua perut) bagi mengetuai perut masing-masing.
- Perut Biduanda Salasilah (Sialang Puteh), Buapaknya To’ Siamar Menteri, Orang Besar Warisnya To’ Lakmana (Laksmana)
- Perut Muar (Kayu Ara), Besar Warisnya To’ Gompo
- Perut Rompin, Besar Warisnya To’ Ungkai
- Perut Tiram, Besar Warisnya To’ Kando
Tiga perut yang akhir iaitu, Perut Muar, Perut Rompin dan Perut Tiram, ‘menepat’ kepada Biduanda Salasilah sejak kurun ke-19. Mereka berpindah dari Ulu Muar, dari Pasir Besar dan Jelebu tetapi tidak berkedim dengan Biduanda Salasilah. Kerana itu mereka tidak boleh dilantik sebagai Dato’ Batin dan Dato’ Sialang Puteh kerana kedua-dua pesaka itu hak mutlak dan keutamaan bagi Biduanda Salasilah yang berketurunan dari To’ Moyang Bubuh anak Relung, waris To’ Batin Pak Sudum Durai. Tetapi tiga perut itu boleh menyandang pesaka Buapak yang bergelar To’ Siamar Menteri.
30.6.1 To' Siamar Menteri
Asal gelaran pesaka ini adalah kurniaan dari YM Dato’ Penghulu Luak Jempol, Dato’ Shukor kepada sahabat karibnya yang dianggapnya sebagai saudara kandung bernama Kompot bin Budin yang telah sedia bergelar To’ Lakmana. Pada asalnya gelaran itu bernama To’ Semar Menteri tetapi akhirnya berubah kepada To’ Siamar Menteri. Bagi menghormati kurniaan itu, gelaran To’ Siamar Menteri telah diiktiraf menjadi Buapak dalam suku Biduanda Salasilah, yang merangkumi Perut Sialang Puteh, Perut Rompin, Perut Muar dan Perut Tiram. Manakala To’ Lakmana diiktiraf sebagai Besar Waris bagi Perut Sialang Puteh selepas Biduanda Salasilah dirangkumkan ke dalam Biduanda Waris. Keduanya adalah jajaran adat Dato’ Lembaga.
30.6.2 To' Lakmana (Laksemana)
Gelaran ini diadakan semasa Dato’ Batin Layar menyusun pentadbirannya dengan melantik dua (2) Orang Besar bagi mengetuai antara anak buahnya Biduanda Salasilah yang telah beragama Islam dengan anak buahnya Suku Temuan yang masih anemisma (yang belum beragama) sebelum perang dunia ke-2. To’ Lakmana untuk mengetuai anak buah yang beragama Islam beradat Lembaga dan To’ Jekerah mengetuai anak buahnya yang belum Islam. To’ Lakmana termasuk dalam kumpulan pegawai 99.
Dalam Perut Sialang Puteh terdapat satu keluarga yang berasal dari Kampar Sumatra dikenali sebagai ‘Perut Sa’ani’. Sa’ani ini ada seorang anak perempuan bernama Amah (anak adiknya yang dijadikan anak angkat), menepat dan berkedim dengan Waris Salasilah selepas perang dunia ke-2. Keluarga ini dianggap sebahagian daripada perut Sialang Puteh berhak berAdat berBuapak dan berLembaga kecuali tidak boleh menyandang pesaka Dato’ Batin dan pesaka Sialang Puteh itu.
Individu-individu yang telah menyandang gelaran pesaka-pesaka To’ Siamar Menteri dan To’ Lakmana dan Ibu Soko-nya seperti berikut:-
TO’ SIAMAR MENTERI
|
BESAR WARIS
TO’ LAKMANA
|
IBU SOKO
|
Kompot B. Budin
|
Kompot B. Budin
|
-
|
Ujang B. Buruk
|
Ma’isin B. Ma’ali
|
Tiamah Bt. Siadek
|
Sidek B. Amin
|
Rashid B. Saleh
|
Wok Bt. Langgi
|
Baharudin B. Mohamad
|
Hj. Yusop B. Malik
|
Ma’ani Bt. Ma’ali
|
Hj. Ujang B. Yusop
|
Hj. A. Samah B. Ta’am
|
Banah Bt. Samat
|
30.6.3 To' Gompo
Gelaran ini ialah Orang Besar bagi Perut Muar. Tidak diketahui asal atau dari mana gelaran itu diambil mungkin mengambil sempena gelaran Orang Besar waris ini dari tempat asalnya di Ulu Muar (Kayu Ara) Kuala Pilah. Mereka datang ke Jempol pada zaman Dato’ Batin Tengah, pada mulanya menepat kepada Perut Paduka Tuan. Untuk memudahkan mentadbir, perut ini menggunakan gelaran pesaka To’ Gompo bagi mengetuainya.
Individu-individu yang telah memegang pesaka ini dan Ibu Soko-nya seperti berikut:-
BESAR WARIS TO’ GOMPO
|
IBU SOKO
|
Doli
|
-
|
Mahadi
|
-
|
Ma’isar B. Jamaludin
|
Bahau
|
Wahab B. Naong
|
Baiyah Bt. Daud
|
Ali B. Talib
|
Ipis Bt. Naong
|
30.6.4 To' Ungkai
To’ Ungkai ialah Besar (ketua) Perut Rompin. Perut ini mula datang ke Jempol dari Pasir Besar dizaman Dato’ Batin Rendang apabila Tengah bin Pawang (sebelum menjadi Batin), berkahwin dengan salah seorang perempuan dari perut ini. Perut ini walaupun bersuku Biduanda tetapi tidak sama carak dengan Batin Pak Sudum Durai dan Moyang Relong yang meneroka Danau Rasau itu. Kerana itulah Batin Tengah boleh mengambil isteri dari perut ini. Selepas dibawa ke Jempol Dato’ Batin Tengah telah memberikan sebidang tanah untuk kediaman dan pertanian di sebelah hilir dari tanah Lopan Jala jala dan mereka menetap di situ hingga sekarang. Dalam Perut Rompin, terdapat satu keluarga yang berasal dari anak cucu Batin Rendang dengan isterinya Sauk. Cucunya itu bernama Baw’at anaknya bernama Pindah, anak Pindah bernama Kiah anak Kiah bernama Posah. Baw’at memeluk agama Islam apabila dikahwini oleh seorang yang bernama Dompok dari Perut Rompin ini dan keluarga ini telah dianggap sebahagian dari Perut Rompin pula. Perut Biduanda Rompin menggunakan gelaran To’ Ungkai sebagai Orang Besar bagi mentadbir perutnya. Tidak diketahui asal usul gelaran ini secara jelas, namun perut ini telah menggunakan gelaran itu bagi mengetuai perutnya semasa penyusunan yang dibuat oleh Dato’ Batin Layar bin Temenggong.
Setakat yang diketahui penyandang-penyandang nya ialah:-
BESAR WARIS TO’ UNGKAI
|
IBU SOKO
|
Rentah
|
-
|
Dompok
|
Neramah
|
Ujang B. Sabu
|
Sa’ati Bt. Kokoh
|
Saad B. Butun
|
Iyang Bt. Butun
|
30.6.5 Tok Kando
Pada asalnya perut Tiram ini bukan dari suku Biduanda, moyangnya bernama Tiram seorang perempuan bersuku Mungkal dari Jelebu. Dibawa berkhidmat dengan Biduanda Salasilah kira-kira pada penghujung kurun ke-19 sebagai 'Anak Semang' dan diberi tanah tempat tinggal. Sekarang menjadi salah satu perut dari Perut Sialang Puteh.
Tidak diketahui asal ambilan gelaran Tok Kando yang ditunjuk sebagai ketua bagi perut ini. Cuma disatu ketika Tok Lakmana Kompot yang merangkap gelaran To’ Siamar Menteri pada masa itu menyedari perut Tiram ini telah bertambah ramai, beliau mencadangkan perut ini diberi seorang ketua yang bergelar Tok Kando. Mereka yang telah menyandang gelaran itu seperti berikut:-
BESAR WARIS TO’ KANDO
|
IBU SOKO
|
Abdullah B. Tiawai
|
Tiram
|
Abdul Rahman B. Tiawai
|
Tiawa
|
Baharudin B. Ayus
|
Tiajum Bt. Sudin
|
Mohd Tajuddin B. Nasir
|
Sariah Bt. Ayus
|
Suku Biduanda Salasilah/Sesilah (Perut Sialang Puteh) apabila menyandang pesaka Lembaga akan menggunakan gelaran Dato’ Umbi.
30.7 Peruntukan Penyandang Pesaka Dalam Perut Sialang Puteh
Peruntukan menyandang pesaka dikalangan empat perut Sialang Puteh ini agak unik juga. Atas sebab-sebab tertentu tidak semua empat perut yang ada itu boleh menyandang semua pesaka kecuali Perut Waris Salasilah. Sebagai perut induk Perut Waris Salasilah boleh menyandang semua pesaka termasuk pesaka Dato’ Batin dan Dato’ Sialang Puteh. Sehingga kini peraturan penyandangan pesaka yang diamalkan ialah:-
30.7.1 Biduanda Salasilah/Perut Sialang Puteh
Pesaka yang boleh disandangnya Dato’ Batin Jempol, Dato’ Sialang Puteh, Lembaga Dato’ Umbi, Buapak bergelar To’ Siamar Menteri dan besar warisnya bergelar To’ Lakmana.
30.7.2 Perut Rompin
Perut ini boleh menyandang pesaka Lembaga Dato’ Umbi, Buapak yang bergelar To’ Siamar Menteri dan Besar Warisnya bergelar To’ Ungkai.
30.7.3 Perut Muar
Perut ini boleh menyandang pesaka Buapak yang bergelar To’ Siamar Menteri dan besar warisnya bergelar To’ Gompo.
30.7.4 Perut Tiram
Perut ini tidak menyandang lain-lain pesaka kecuali besar warisnya yang bergelar To’ Kando.
No comments:
Post a Comment