21.1 YANG AMAT MULIA DATO’ PENGHULU LUAK
Dato’ Penghulu Luak Jempol bergelar YM Dato’ Lela Putera Sitiawan. Sejak wujudnya pesaka itu hingga sekarang pesaka itu masih disandang oleh calon-calon dari Suku Biduanda yang dijemput dari Pasir Besar itu yang diperkenalkan dengan nama Biduanda Pasak. Biduanda ini terdiri dari dua (2) perut iaitu Perut Tarum dan Perut Mayam keturunan Gandum anak Patam. Empat orang anak lelaki Patam bersama suaminya To’ Pengeran juga semua menjadi Penghulu Luak manakala seorang anaknya yang perempuan bernama Gandum melahirkan dua perut punca matabenih penjawat pesaka Dato’ Penghulu Luak. Mereka yang telah menyandang pesaka Dato’ Penghulu Luak adalah seperti berikut:-
BIL
|
NAMA
|
PERUT
|
1
|
Dato’ Daim @ Diam
|
Anak Patam
|
2
|
Dato’ Chap
|
Anak Patam
|
3
|
Dato’ Rial
|
Anak Patam
|
4
|
Dato’ Malik
|
Anak Patam
|
5
|
Dato’ Hassan
|
Anak Gandum
|
6
|
Dato’ Johan
|
Perut Tarum
|
7
|
Dato’ Shukor
|
Perut Tarum
|
8
|
Dato’ Abd Wahab bin Hj Ibrahim
|
Perut Mayam
|
9
|
Dato’ Hj Sulaiman bin Dato’
Abdullah
|
Perut Mayam
|
10
|
Dato’ Hj Mohd Hashim bin Dato’
Abdullah
|
Perut Mayam
|
21.2 PESAKA DATO’ PADUKA TUAN
Pesaka ini wujud pada mulanya dalam Suku Biduanda Sempuolang sebagai Buapak akhirnya bertaraf Lembaga, Lembaga Tiang Balai dan pemilih matabenih pengganti Penghulu Luak apabila berlaku kekosongan. Penyandang-penyandang pesaka Dato’ Paduka Tuan adalah seperti berikut:-
BIL
|
NAMA
|
PERUT
|
1
|
Pandai
|
Biduanda Sempuolang di Ulu Jempol
|
2
|
Johar
|
Perut Tarum
|
3
|
Jalal
|
Perut Sidai
|
4
|
Sitam
|
Perut Tarum
|
5
|
Sitam
|
Perut Mayam
|
6
|
Nordin (yang mula-mula bertaraf Lembaga)
|
Perut Tarum
|
7
|
Hj Ismail bin Abd Rahman
|
Perut Mayam
|
8
|
Hj Mohd Noh bin Mohammad
|
Perut Tarum
|
9
|
Hj Abd Kudus bin Hj Harun
|
Perut Mayam
|
10
|
Abd Rahman bin Hj Ahmad
|
Perut Tarum
|
21.3 PESAKA DATO’ SHAHBANDAR
Kedudukan pesaka ini sebagai Orang Besar Luak tugasnya menjaga waris perempuan bertaraf Lembaga. Tugas asalnya dalam pentadbiran tradisional ialah sebagai ketua pegawai pemungut cukai dan hasil bagi pihak Dato’ Penghulu Luak. Pada peringkat awalnya pesaka ini memang disandang oleh waris perempuan tetapi tugasnya dijalankan oleh suaminya. Penyandang-penyandang pesaka Shahbandar adalah seperti berikut:-
BIL
|
NAMA
|
PERUT
|
WAKIL SHAHBANDAR (SUAMI)
|
1
|
Mayam anak Gandum
|
Mayam
|
-
|
2
|
Tiamas
|
Mayam
|
Itam
|
3
|
Sarah
|
Tarum
|
Noh
|
4
|
Reno
|
Mayam
|
Jali
|
5
|
Lambu
|
Bidai
|
Ghafar
|
6
|
Yuyi
|
Mayam
|
Kadir
|
7
|
Liman
|
Bidai
|
Jatin
|
8
|
Riba
|
Bidai
|
Ali
|
9
|
Iyang
|
Bidai
|
Hj Mohd Noh
|
10
|
Hjh. Piah
|
Bidai
|
Hj Omar
|
11
|
Hj. Mohd Hashim bin Abdullah
|
Mayam
|
-
|
12
|
Hj. Ali Na’am
|
Mayam
|
-
|
21.4 PESAKA TO’ MANGKU
Pesaka ini pernah wujud di Luak Jempol sebagai wakil Dato’ Umbi tetapi selepas Dato’ Paduka Tuan Nordin diberi taraf Lembaga, pesaka Dato’ Mangku tidak diwujudkan lagi. Mereka yang pernah menyandang pesaka ini ialah:-
1. Sialang – Anak Gandum
2. Deraman – Anak Nyai Uban
3. Bidin – Perut Mayam
4. Kasim – Perut Tarum
21.5 PESAKA TO’ PALONG
Pernah wujud satu pesaka yang bergelar Dato’ Palong yang dinisbahkan kepada waris Biduanda di Palong. Tetapi selepas pesaka itu disandang oleh seorang yang bernama Abd Ghani, tidak diketahui pula sama ada masih ada atau tidak kedua-dua pesaka dan juga waris Biduanda Palong itu sendiri.
21.6 PESAKA TO' MUDA
Pesaka ini diwujudkan sebagai calon matabenih untuk menggantikan Dato’ Penghulu Luak selepas berlaku kekosongan. Tetapi sepanjang sejarahnya semua orang yang menyandang pesaka ini tidak pernah dilantik menggantikan Penghulu Luak. Kerana itu penyandang ke empat pesaka ini telah meletak jawatan kerana gagal untuk menjadi Penghulu Luak yang ke-9. Pesaka ini masih dibela pelihara di dalam perut Tarum dan masa ini disandang oleh Abd Rahman bin Ahmad yang juga menyandang pesaka Dato’ Paduka Tuan. Mereka yang telah menyandang pesaka ini ialah:-
BIL
|
NAMA
|
PERUT
|
1
|
Badul |
Tarum |
2
|
Ishak |
Mayam |
3
|
Ma’asan |
Tarum |
4
|
Hj. Omar |
Mayam |
5
|
Abd. Rahman bin Ahmad |
Tarum |
21.7 PESAKA TO' MAHARAJA GARANG
Di bawah Dato’ Paduak Tuan ada wujud satu pesaka bertaraf Buapak merangkap Orang Besar Waris bergelar Datuk Maharaja Garang yang semasa diwujudkan dahulu dicadangkan akan disandang secara bergilir-gilir oleh enam (6) Suku Biduanda di hilir. Namun penggiliran yang menyeluruh itu setakat ini belum berlaku. Mereka yang telah menyandang pesaka ini seperti berikut:-
BIL
|
NAMA
|
PERUT
|
1
|
Samad
|
Jegarang
|
2
|
Jidin
|
Tarum
|
3
|
Hj. Mohd Noh
|
Tarum
|
4
|
Hj. Ismail
|
Mayam
|
5
|
Hj. Yunus Durin
|
Mayam
|
6
|
Othman
|
Mayam
|
7
|
Abd. Rahman Ahmad
|
Tarum
|
8
|
Hj. Mohammad Harun
|
Mayam
|
21.8 PESAKA TOK JELELA
Di bawah Buapak Datuk Maharaja Garang ada satu pesaka Tua Waris yang bergelar Tok Jelela. Mereka yang telah menyandang pesaka ini ialah:-
BIL
|
NAMA
|
PERUT
|
1
|
Pendek |
Bidai |
2
|
Abdullah |
Mayam |
3
|
Yaakob Jaamat |
Mayam |
4
|
Md Yunus |
Mayam |
Semua pesaka-pesaka yang tersebut di atas dinisbahkan perlantikan-perlantikannya di dalam Suku Biduanda Pasak.
21.9 PESAKA TO’ KAYA MENTERI (PERUT KAYA MENTERI)
Suku ini juga berasal dari Pasir Besar. Diketuai oleh seorang Buapak bergelar mengikut nama sukunya iaitu Tuk Kaya Menteri merangkap Orang Besar Waris (Pegawai 99). Berada di dalam lingkungan Dato’ Paduka Tuan dan memakai adat istidadat suku 12. Mereka yang telah menyandang pesaka ini ialah:-
1. Omar
2. Ujang Dohat
3. Baharudin Zainal
21.10 PESAKA TO' GOMPO (PERUT GOMPO)
Suku ini juga berasal dari Pasir Besar. Diketuai oleh seorang Buapak bergelar mengikut nama sukunya iaitu Tuk Gompo merangkap Orang Besar Waris (Pegawai 99). Dalam lingkungan Dato’ Paduka Tuan memakai adat istiadat suku 12. Mereka yang telah menyandang pesaka ini ialah:-
1. Sawang
2. Yahaya
3. Ibrahim
21.11 PESAKA TO’ MUJI GARANG (PERUT JEGARANG)
Suku Biduanda Jegarang ini terdiri dari dua (2) perut yang berasal dari Luak Johol dan Pahang. Diketuai oleh dua (2) Buapak yang mengikut nama sukunya iaitu Tuk Jegarang. Keduanya juga Orang Besar Waris (Pegawai 99). Dalam lingkungan Dato’ Paduka Tuan memakai adat istiadat suku 12. Mereka yang pernah menyandang pesaka ini ialah:-1. Abu Samad (Perut Pahang)
2. Hj. Dawi (Perut Johol)
21.12 PESAKA TO’ DUKA MENTERI (PERUT DUKA MENTERI)
Waris suku ini berasal dari Pulau Pinang (sebuah kampung dalam Luak Johol). Diberi suku dan pesaka bertaraf Buapak yang juga bergelar menurut nama sukunya iaitu Tuk Duka Menteri merangkap Orang Besar Waris (Pegawai 99). Dalam lingkungan Dato’ Paduka Tuan. Memakai adat istiadat suku 12. Mereka yang telah menyandang pesaka ini ialah:-
1. Adam
2. Hj. Mahayudin
21.13 PESAKA TO’ MAHARAJA LELA (PERUT MAHARAJA LELA)
Waris suku ini berasal dari Luak Johol. Ia adalah keturunan Bidai, cucu kepada Serenti Tikulit waris perempuan dari Dato’ Penghulu Luak Johol yang tidak jadi dikerjankan sebagai Dato’ Penghulu Luak Jempol. Si Bidai ini telah berkahwin dengan Tarum dan diberi tanah pesaka. Ia juga mendapat tanah pesaka Nyai Uban. Dahulunya suku ini adalah sebahagian daripada perut Tarum. Dua orang waris lelakinya pernah menyandang pesaka Dato’ Paduka Tuan dan Tok Jelela.
Manakala lima orang waris perempuannya pula pernah menyandang pesaka Dato’ Shahbandar. Suku ini walaupun telah berkembang ramai tetapi dipinggirkan oleh Waris Biduanda Pasak. Diberi suku dan pesaka Buapak yang berasingan juga menurut nama sukunya iaitu Tuk Maharaja Lela merangkap Orang Besar Waris (Pegawai 99). Berada di dalam lingkungan Dato’ Paduka Tuan dan memakai adat istiadat Waris Biduanda Pasak. Mereka yang telah menyandang pesaka ini ialah:-
1. Hj. Abd Malik bin Hj. Abdullah
Semua fakta yang dinyatakan di atas, bermula dari penyandang pesaka YM Dato’ Penghulu Luak hingga pesaka suku Biduanda Tuk Maharaja Lela adalah suku-suku Biduanda yang berada di Kuala Jempol berdasarkan catatan yang dibuat oleh Dato’ Paduka Tuan Dato’ Abd Rahman bin Hj Ahmad di dalam risalahnya bertajuk SEJARAH ASAL USUL JEMPOL LUAK DAN SUKU.
Catatan
Tentang kedudukan Suku Biduanda Pasak dan lima (5) lagi waris naungannya yang menetap di Kuala Jempol.Dalam mesyuarat AJK Biro Penyelikidan dan Pembangunan Adat (R&D) Warisan Adat Perpatih Luak Jempol yang bersidang di No. 14, Pusat Perniagaan Kiara, Bahau pada petang 23hb Januari 2008. Dato’ Jempol Dato’ Paduka Lela Putra Sitiawan Dato’ Mohd Hashim bin Dato' Setia Raja Abdullah melalui wakilnya Dato’ Shahbandar Dato’ Ali bin Naam telah meminta mesyuarat mengeluarkan Biduanda Pasak dari lingkup catatan Suku Biduanda Salasilah dalam buku Jejak Adat Perpatih Luak Jempol. Lantaran itu, Biduanda Waris (dikatakan) cuma ada lima (5) sahaja tidak termasuk Biduanda Pasak iaitu:-
1. Perut Biduanda Salasilah/Sialang Puteh
2. Perut Biduanda Kelawang/Menteri
3. Perut Biduanda Sempuolang/Paduka Tuan
4. Perut Biduanda Rembau/Chinchang
5. Perut Biduanda Jawa
yang berada di Ulu Jempol. Mereka berLembagakan seorang Dato’ Lembaga; sama ada penyandang itu bergelar Dato’ Umbi atau Dato’ Dio Maharaja atau Dato’ Bentara.
Bimbang dengan kemungkinan saranan yang dikemukan oleh Dato’ Shahbandar secara lisan itu tidak sesuai dengan apa sebenarnya yang dimaksud oleh YM Dato’ Penghulu Luak, To' Siamar Menteri Hj. Ujang bin Yusop telah mengemukakan bantahan dan ulasan. Tetapi mesyuarat telah bersetuju menerima cadangan itu apabila Dato’ Shahbandar bersungguh-sungguh meyakinkan bahawa cadangan itu adalah dari YM Dato’ Penghulu Luak sendiri.
No comments:
Post a Comment