Sebenarnya pesaka yang bergelar begitu ada di dalam Waris Biduanda di Jelebu dengan gelaran penuhnya Dato’ Umbi Pangkal Maharaja Lela salah seorang dari lapan (8) orang Dato’ Lembaga Kanan yang berkuasa memecat atau pun menjadikan Dato’ Undang Luak Jelebu.
Tetapi apabila pesaka Dato’ Lembaga itu disandang oleh Dato’ Sialat dari suku Biduanda Rembau (Perut Cincang), beliau menggunakan gelaran Dato’ Bentara.
Penyandang pesaka yang ke-3, Dato’ Rantau dari suku Biduanda Sempuolang (Perut Paduka Tuan) pula beliau menukar lagi dengan menggunakan gelaran Dato’ Dio Maharaja.
Apabila pesaka itu disandang semula oleh suku Biduanda Kelawang, Dato’ Bangking beliau menggunakan semula gelaran asal iaitu Dato’ Umbi. Begitulah juga pengganti penyandang pesaka itu Dato’ Datin dari Biduanda Jawa, Dato’ Teduh bin Abdullah dari suku Biduanda Salasilah, (Perut Sialang Puteh), Dato’ Hamzah bin Samah dari suku Biduanda Kelawang dan Dato’ Ramli bin Yusop dari suku Biduanda Rembau (sekarang) semuanya telah menggunakan gelaran Dato’ Umbi.
Seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa suku Biduanda Salasilah asalnya memang tidak menyandang pesaka Dato’ Lembaga kerana suku itu menyandang pesaka Dato’ Batin Jempol yang sama sukunya dengan waris yang menyandang pesaka Dato’ Penghulu Luak Jempol, kerana itu pada satu masa selepas menyedari bahawa waris ini layak menjadi Penghulu, BA Negeri Sembilan Martin Lister pernah mencadangkan pangkat Penghulu Luak Ulu Jempol kepada Dato’ Batin Rendang dengan tawaran pencen sebanyak tiga puluh ringgit sebulan tetapi ditolak oleh Dato’ itu dengan jawapan yang penuh hemat dan kasih sayang dan tidak mungkin terkeluar dari mulut seorang yang rakus untuk mendapatkan nama dan kuasa.
Ada satu catatan di dalam Malaya Civil Service tulisan JE Nathan dan RO Winsted di mukasurat 53 seperti berikut:-
Namun mungkin selepas melihat bahawa Biduanda Salasilah telah menjunjung adat perpatih dan menganut agama Islam sepenuhnya, pihak Pentadbir Negeri dan disokong oleh Pentadbir Adat dengan sebab-sebab tertentu telah mengambil keputusan merangkumkan suku ini ke dalam Biduanda Waris yang diketuai oleh seorang Dato’ Lembaga dengan diberi pula hak boleh menyandang pesaka Dato’ Lembaga sama dengan perut-perut Biduanda Waris yang lain. Walaupun sebenarnya taraf Biduanda Salasilah itu bukan penyandang Pesaka Dato’ Lembaga tetapi layak menyandag Dato’ Penghulu Luak.
Justeru selepas meninggalnya Dato’ Lembaga Biduanda Waris yang ke-5 Dato’ Datin dari perut Biduanda Jawa, kalangan perut dalam suku Biduanda Waris telah mengetengahkan dua (2) orang calon iaitu Hj Abd Wahid bin Bakar dari suku Biduanda Kelawang (Perut Menteri) dan Teduh bin Abdullah dari suku Biduanda Salasilah (Perut Sialang Puteh). Selepas melalui perbincangan yang agak panjang juga, akhirnya pihak Pentadbir Negeri dan Adat dengan persetujuan dari Buapak-Buapak perut yang terlibat, walaupun sebelumnya telah mendapat tentangan yang amat kuat dari To’ Mengkara Umar bin Sail Buapak dari Perut Biduanda Rembau, pihak berkuasa dengan muktamad telah bersetuju melantik Teduh bin Abdullah dari Biduanda Salasilah (Perut Sialang Puteh) menjadi Dato’ Lembaga Suku Biduanda Waris yang ke-6 dengan memakai gelaran Dato’ Umbi juga.
Dengan terlantiknya Teduh bin Abdullah menyandang pesaka Dato’ Lembaga, terbentuklah senario baru dalam susunan penyandangan pusaka Dato’ Lembaga di dalam Suku Biduanda Waris di Jempol.
Dato’ Umbi Teduh bin Abdullah merupakan penyandang pesaka Lembaga yang ke-6 dalam Suku Bidudanda Waris dan giliran yang pertama bagi suku Biduanda Salasilah/perut Sialang Puteh. Beliau adalah merupakan seorang penyandang pesaka lembaga yang paling lama dalam Biduanda Waris setakat ini. Dato’ Umbi Teduh bin Abdullah dilantik menyandang Dato’ Lembaga pada awal tahun 1918 kekal menyandang pesaka itu selama lebih kurang 53 tahun sehingga tarikh kematiannya pada 28hb Ogos 1970.
Dengan perlantikan Dato’ Teduh itu juga suku Biduanda Salasilah dikenali dalam Suku yang 12 di Jempol dengan panggilan ‘Perut Sialang Puteh’.

"The Lembaga’s title is To’ Ombi, if he is of perut Biduanda Jawa or perut Mantri, Dio Maharaja if of perut Paduka Tuan and Bentara if of perut Chinchang.
It is a very doubtful point whether anak buah of Sialang Puteh can become Lembaga. They are of the same descent as the waris Jelebu, Sialang Puteh is also a Sakai Batin. He has anak buah di-hutan dan anak buah di-luar. Their claims have to be decided at the next election.
This tribe is distinct form the Waris Biduanda of Jempul, from whom the Penghulu is chosen, and cannot fill the office of Penghulu."
Namun mungkin selepas melihat bahawa Biduanda Salasilah telah menjunjung adat perpatih dan menganut agama Islam sepenuhnya, pihak Pentadbir Negeri dan disokong oleh Pentadbir Adat dengan sebab-sebab tertentu telah mengambil keputusan merangkumkan suku ini ke dalam Biduanda Waris yang diketuai oleh seorang Dato’ Lembaga dengan diberi pula hak boleh menyandang pesaka Dato’ Lembaga sama dengan perut-perut Biduanda Waris yang lain. Walaupun sebenarnya taraf Biduanda Salasilah itu bukan penyandang Pesaka Dato’ Lembaga tetapi layak menyandag Dato’ Penghulu Luak.
Justeru selepas meninggalnya Dato’ Lembaga Biduanda Waris yang ke-5 Dato’ Datin dari perut Biduanda Jawa, kalangan perut dalam suku Biduanda Waris telah mengetengahkan dua (2) orang calon iaitu Hj Abd Wahid bin Bakar dari suku Biduanda Kelawang (Perut Menteri) dan Teduh bin Abdullah dari suku Biduanda Salasilah (Perut Sialang Puteh). Selepas melalui perbincangan yang agak panjang juga, akhirnya pihak Pentadbir Negeri dan Adat dengan persetujuan dari Buapak-Buapak perut yang terlibat, walaupun sebelumnya telah mendapat tentangan yang amat kuat dari To’ Mengkara Umar bin Sail Buapak dari Perut Biduanda Rembau, pihak berkuasa dengan muktamad telah bersetuju melantik Teduh bin Abdullah dari Biduanda Salasilah (Perut Sialang Puteh) menjadi Dato’ Lembaga Suku Biduanda Waris yang ke-6 dengan memakai gelaran Dato’ Umbi juga.
Dengan terlantiknya Teduh bin Abdullah menyandang pesaka Dato’ Lembaga, terbentuklah senario baru dalam susunan penyandangan pusaka Dato’ Lembaga di dalam Suku Biduanda Waris di Jempol.
Dato’ Umbi Teduh bin Abdullah merupakan penyandang pesaka Lembaga yang ke-6 dalam Suku Bidudanda Waris dan giliran yang pertama bagi suku Biduanda Salasilah/perut Sialang Puteh. Beliau adalah merupakan seorang penyandang pesaka lembaga yang paling lama dalam Biduanda Waris setakat ini. Dato’ Umbi Teduh bin Abdullah dilantik menyandang Dato’ Lembaga pada awal tahun 1918 kekal menyandang pesaka itu selama lebih kurang 53 tahun sehingga tarikh kematiannya pada 28hb Ogos 1970.
Dengan perlantikan Dato’ Teduh itu juga suku Biduanda Salasilah dikenali dalam Suku yang 12 di Jempol dengan panggilan ‘Perut Sialang Puteh’.
No comments:
Post a Comment