Kerana mempunyai darah gahara itulah semua luak Jelebu, Rembau, Johol dan Sungai Ujung sendiri telah bersetuju menerima perlantikan semua anak-anak Dato’ Batin Mahagalang cucu kepada Dato’ Batin Bercanggai Besi itu untuk menjadi Dato’ Undang.
Dato’-Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung juga termasuk Dato’-Dato’ Batin dilantik dari kalangan Suku Biduanda. Walaupun Dato’-Dato’ Penghulu Luak Terachi dan Gunung Pasir tidak dilantik dari kalangan suku Biduanda, itu ada sebab lain namun menjadi syarat di Terachi setiap Penghulu Luak yang dilantik kejawatan itu isterinya hendaklah seorang perempuan yang bersuku Biduanda Waris.
Kerana mengutamakan darah Biduanda yang gahara itulah juga yang merangsang pendatang-pendatang Minang yang bertanggungjawab hendak melantik Penghulu Luak pertama di Luak Jempol berurusan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan matabenih dari keturunan Dato’ Batin Mahagalang sehingga pergi mengadap kepada YM Dato’ Undang Luak Johol yang mana mereka tahu Dato’ Undang Luak Johol itu adalah waris Soko tunggal Biduanda gahara dari Batin Mahagalang di Sungai Ujung itu.
No comments:
Post a Comment