Saturday, 13 October 2012

39. Sumbang Mahram

Seperkara yang patut disebut di sini ialah Sumbang Mahram, iaitu salah laku di dalam sesebuah keluarga seperti melakukan hubungan jenis diantara ayah dengan anak kandung atau anak tiri atau menantunya atau di antara sesama adik-beradik atau sesama siapa juga yang diharamkan nikah oleh syarak. Perlakuan begitu samalah seperti perlakuan binatang yang tidak tahu adat dan tidak mengenal hukum. Perbuatan itu salah dari segi adat, syarak dan undang-undang negara.
Adat mencela perbuatan itu sebagai CELAKA, DERHAKA, DAHAGA, DAHAGI. Hukumannya hendaklah dihalau dari rumahtangga dan kampung halamannya. Manakala dari segi pentadbiran undang-undang ada hukuman yang tertentu baginya.


No comments:

Post a Comment